Mekanik dan anak lelakinya yang merupakan suspek utama kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang di sini, dibebaskan hari ini tetapi ditahan semula untuk siasatan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang berkata suspek berumur 57 tahun dan 20 tahun itu akan direman selama 21 hari mulai esok untuk disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 Pindaan 2012.
"Mereka akan direman esok selama 21 hari bagi menyiapkan siasatan bagi tujuan tindakan di bawah POCA (Akta Pencegahan Jenayah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata suspek dibebaskan atas nasihat Ketua Unit Pendakwaan Perak Yusaini Amer Abdul Karim susulan laporan ahli kimia tidak dapat mengesan DNA mangsa daripada serpihan tulang serta barang-barang lain yang dihantar untuk dianalisis.
"KUP (Ketua Unit Pendakwaan) menasihatkan pihak polis supaya meneruskan siasatan. Polis akan meneruskan siasatan sewajarnya," katanya.
Di Mahkamah Majistret Tapah, suspek yang berpakaian lokap dengan diiringi beberapa anggota polis dibebaskan kira-kira pukul 8.30 pagi ini susulan tempoh tahanan reman mereka sebelum ini berakhir hari ini.
Bagaimanapun, kedua-dua suspek ditahan semula dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.
Pada 26 Okt lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.
Dua lagi suspek iaitu isteri dan anak kepada mekanik itu yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan, dibebaskan tanpa syarat pada 2 Dis lepas setelah didapati mereka tiada kaitan dengan pembunuhan itu.
Bernama
Tue Dec 08 2015
![Kes bunuh Tapah: Dua beranak direman 21 hari lagi untuk siasatan bawah POCA Kes bunuh Tapah: Dua beranak direman 21 hari lagi untuk siasatan bawah POCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51446730441_950x600.jpg)
Suspek dibebaskan susulan laporan ahli kimia tidak dapat mengesan DNA mangsa daripada serpihan tulang serta barang-barang lain yang dihantar untuk dianalisis. -Gambar fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![11 suspek Macau Scam direman 21 hari 11 suspek Macau Scam direman 21 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611732396_macauscam.jpg)
11 suspek Macau Scam direman 21 hari
Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.
![Pinda akta: Cekup orang besar sindiket judi haram - Muhyiddin Pinda akta: Cekup orang besar sindiket judi haram - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562137753_TanSeriMuhyiddin.jpg)
Pinda akta: Cekup orang besar sindiket judi haram - Muhyiddin
Peruntukan yang lebih khusus diperlukan lantaran sistem pelayan (server) judi haram atas talian kadangkala berada di luar negara.
![Sindiket tonto tumpas, 16 suspek ditahan di bawah POCA Sindiket tonto tumpas, 16 suspek ditahan di bawah POCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446457141_LIOWTIONGLAI.jpg)
Sindiket tonto tumpas, 16 suspek ditahan di bawah POCA
Kesemua mereka yang ditahan akan diambil tindakan dan didakwa di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
![Mahkamah Tinggi tolak kes mencabar Akta Pencegahan Jenayah Mahkamah Tinggi tolak kes mencabar Akta Pencegahan Jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/71418297476_295x200.jpg)
Mahkamah Tinggi tolak kes mencabar Akta Pencegahan Jenayah
Sureshwaran Rajoo yang dibuang daerah selama tiga tahun bermula dari 29 Mei lalu menjalani sesi pendengaran diwakili peguamnya, N. Surendran.
![Protes di luar pagar Parlimen Protes di luar pagar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/71380515378_295x200.jpg)
Protes di luar pagar Parlimen
Kira-kira 30 orang berkumpul di luar bangunan Parlimen hari ini sebagai membantah pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA).
![Pindaan Akta Pencegahan Jenayah untuk perangi jenayah terancang - Najib Pindaan Akta Pencegahan Jenayah untuk perangi jenayah terancang - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/71351598032_295x200.jpg)
Pindaan Akta Pencegahan Jenayah untuk perangi jenayah terancang - Najib
Perdana Menteri menjelaskan pindaan itu bukan untuk mengembalikan ISA.
!['ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini 'ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61380163039_295x200.jpg)
'ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini
Pindaan kontroversi Akta Pencegahan Jenayah 1959 bakal menjadi tumpuan utama di Parlimen hari ini.
![Zahid: Pindaan CPA turut dapat sokongan pembangkang Zahid: Pindaan CPA turut dapat sokongan pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373445536_295x200.jpg)
Zahid: Pindaan CPA turut dapat sokongan pembangkang
Pindaan yang dilakukan dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) mendapat maklum balas baik daripada pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.