KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak boleh mencampuri urusan dalam penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk kompaun yang dikeluarkan ke atas individu individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata segala peraturan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pihak (Kementerian) Kesihatan dan PDRM yang melaksanakan penguatkuasaan berdasarkan Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Jelasnya, akta berkenaan ada menyatakan bahawa kompaun maksimum yang dikenakan ke atas seseorang individu ialah RM10,000 manakala bagi syarikat pula ialah RM50,000.
Namun, katanya ia mestilah mempunyai panduan dan kategori kesalahan dengan kompaun tertentu di mana panduan berkenaan ada pada pihak polis dan pihak KKM.
"Persoalan sekarang bukan kerajaan negeri, kita sekarang dalam Ordinan Darurat dan negara ditadbir bawah MKN dan punca kuasa dari MKN terus ke jawtankuasa kecil keselamatan negeri, jadi kita hanya jalankan keputusan yang dibuat oleh MKN," katanya lagi.
Semalam, media melaporkan tiga peniaga membabitkan peniaga burger, colek dan peniaga kedai runcit dikenakan kompaun 50,000 ringgit kerana didakwa berniaga melebihi masa yang dihadkan.
BACA: Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
BACA: Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan
Katanya, Kelantan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mana had operasi kedai makan dan premis perniagaan hanya sehingga jam 10 malam.
Beliau juga mengingatkan rakyat Kelantan supaya mematuhi SOP kerana kes COVID-19 masih mencatatkan angka yang tinggi manakala kadar kebolehjangkitan di negeri ini juga tinggi.
BACA: R-Naught kekal 1.13, Kelantan masih tertinggi
Katanya kerajaan Kelantan banyak menerima rayuan rakyat supaya dilonggarkan sektor ekonomi, namun keputusan yang dibuat adalah dari MKN.
Vivi Sumanti
Wed Apr 28 2021
![Kompaun RM50,000: Kerajaan Kelantan tiada kuasa campur tangan - Exco Kompaun RM50,000: Kerajaan Kelantan tiada kuasa campur tangan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619603573_DrIzaniHusin.jpg)
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata segala peraturan dibuat oleh MKN berdasarkan laporan KKM. - Gambar fail/BERNAMA
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
Niaga AWANI: Zus Coffee lancar ciri derma baharu dalam aplikasi
ZUS Coffee menjadi syarikat terbaharu yang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.
![KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.
![Kelantan mahu perkukuh hubungan dengan kerajaan Persekutuan Kelantan mahu perkukuh hubungan dengan kerajaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692159613_NassuruddinDaud.jpg)
Kelantan mahu perkukuh hubungan dengan kerajaan Persekutuan
Mohd Nassuruddin Daud berkata hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang kukuh penting untuk manfaat semua khususnya rakyat.
![Kerajaan Kelantan akur jadi tuan rumah Sukma 2028 Kerajaan Kelantan akur jadi tuan rumah Sukma 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679122936_WanRoslanWanHamat.jpg)
Kerajaan Kelantan akur jadi tuan rumah Sukma 2028
Wan Roslan berkata pihaknya juga tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut.
![Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653906804_PresidenPartiIkata.jpg)
Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan
Presiden Muda itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit.
![Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 untuk Palestin Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620908819_950x600.jpg)
Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 untuk Palestin
Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM100,000 melalui Tabung Serambi Mekah sebagai tanda kebersamaan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kebejatan Zionis.
![UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568444812_DatukAhmadJazlan.jpg)
UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh ADUN di Dewan Kelantan tidak akan menuntut jawatan.
![Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41530328617_AhmadYakob.jpg)
Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat
Kerajaan Kelantan akan mula menggunakan peruntukkan -one off- berjumlah RM400 juta oleh kerajaan Persekutuan.
![Kelantan larang permainan Pokemon GO di premis kerajaan Kelantan larang permainan Pokemon GO di premis kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470996789_PokemonGo.jpg)
Kelantan larang permainan Pokemon GO di premis kerajaan
Tindakan akan dikenakan terhadap kakitangan kerajaan atau orang awam yang ditangkap bermain Pokemon GO di premis kerajaan.