LALUAN Tambak Johor merupakan akses yang berperanan penting sebagai pintu gerbang utama yang menghubungkan Malaysia dan Singapura dan memudahkan pergerakan keluar masuk rakyat kedua-dua negara dan pelancong asing.
Bukan sahaja sebagai laluan darat yang memudahkan pergerakan keluar masuk pelancong kedua-dua negara, malah laluan ini merupakan penghubung utama khusus bagi rakyat Malaysia yang berulang-alik mencari rezeki di negara jiran itu.
Menurut Arkib Negara Malaysia, Tambak Johor siap dibina dengan kos dianggar sekitar 17 juta Dolar Selat dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) Laurence Guillemard pada 28 Jun 1924.
24 April lalu juga genap 104 tahun batu asas Tambak Johor diletakkan.
Ia yang turut dipanggil ‘Koswey’ (causeway) merupakan sambungan akses darat pertama menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura dan menyeberang Selat Tebrau sepanjang 1,056 meter, menyambungkan Johor Bahru dan Woodlands.
Namun, hari ini, kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing menimbulkan cabaran yang besar kepada hubungan ini.
Kesesakan utama biasanya berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, lebih-lebih lagi di waktu puncak sekitar jam 4 pagi sehingga jam 9 pagi dan dari 5 petang sehingga 9 malam.
Ternyata ini bukan isu baharu kerana masalah kesesakan ini telah menjadi ibarat rutin bagi mereka yang hari-hari menggunakan laluan ini.
Menurut data yang dikongsi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Facebooknya pada 27 Mei lalu, statistik menunjukkan di kedua-dua ICQS BSI dan (Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) seramai 116 juta pada 2023 berbanding 71 juta pengembara pada tahun 2022.
Sementara, bagi tahun 2024 (sehingga 15 Mei 2024), jumlah pengembara adalah seramai 53.8 juta dengan purata harian seramai 398 ribu pengembara di kedua-dua ICQS.
Fadillah berkata daripada jumlah tersebut, 70 peratus daripadanya merupakan pengembara warganegara Malaysia dan selebihnya daripada negara lain termasuk Singapura.
Jumlah pengembara ini dijangka meningkat 15 peratus setahun dan dianggarkan seramai 157 juta pengembara akan melalui kedua-dua pintu masuk menjelang tahun 2025.
Langkah progresif kurangkan kesesakan
Sebagai tindak balas terhadap isu ini, kerajaan menerusi Fadillah baru-baru ini mengumumkan inisiatif melaksanakan teknologi Kod Respons Pantas (QR) di puntu masuk Johor Bahru – Singapura di BSI dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan ini.
Ia yang sepatutnya bermula 1 Jun lalu (Sabtu) terpaksa ditangguhkan sehingga dua minggu lagi kerana kod QR di BSI masih dalam proses vendor bagi melengkapkan aplikasi yang disediakan menggunakan MyRentas.
Ketika ini, penggunaan Kod QR bagi pemeriksaan Jabatan Imigresen hanya digunakan di KSAB bagi laluan SecondLink Malaysia – Singapura.
Biarpun masih tertangguh, namun usaha kerajaan memperkenalkan penggunaan teknologi ini merupakan pendekatan proaktif dalam menangani kesesakan lalu lintas.
Lawatan mengejut Fadillah ke CIQ BSI yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor pada 27 Mei lalu jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Malaysia yang bersungguh-sungguh menangani isu ini.
Malah sebelum Fadillah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Ogos tahun lalu juga membuat tindakan serupa bagi meninjau sendiri realiti dihadapi pengguna yang menggunakan jalinan hubungan ini setiap hari.
Dengan memanfaatkan kemajuan teknologi moden, inisiatif ini dilihat membantu dan mempermudahkan urusan pihak berkuasa menyempurnakan pengurusan lalu lintas dan meningkatkan keseluruhan kecekapan di sepanjang laluan terlibat.
Ternyata, sikap proaktif ini menunjukkan komitmen dalam merangkul inovasi dan mencari penyelesaian mampan dalam menambah baik mutu keselamatan di pintu sempadan dan sistem pengangkutan kedua-dua negara.
Antara kelebihan utama penggunaan teknologi kod QR adalah berpotensi menyederhanakan dan mempercepat proses dan urusan dokumentasi di sempadan.
Secara tradisional, pemeriksaan secara manual dan prosedur pengesahan dokumen merupakan faktor utama menyumbang kepada kelewatan dan kesesakan di sempadan imigresen.
Dengan pengenalan teknologi ini, pengguna kini boleh menghantar maklumat mereka secara digital dengan mudah, membolehkan pemprosesan yang lebih cepat selain mengurangkan masa menunggu sehingga berjam-jam lamanya.
Pada masa sama, pendekatan proaktif ini terhadap pengurusan lalu lintas mendorong kepada kecekapan sistem pemeriksaan dan dokumentasi yang lebih responsif dan fleksibel serta dapat menguntungkan kedua-dua pihak.
Mengambil contoh pendekatan yang serupa sewaktu dunia dilanda wabak COVID-19 pada 2020, Kesatuan Eropah (EU) memperkenalkan "EU Digital COVID Certificate" pada 2021 sebagai sebahagian usaha memudahkan pergerakan warganya dalam benua Eropah sepanjang tempoh pandemik.
Sijil ini mengandungi maklumat status vaksinasi, keputusan ujian COVID-19, atau status pemulihan dan dikeluarkan dalam format digital yang dilindungi oleh kod QR.
Kerajaan cakap, kerajaan buat
Isu kesesakan di pintu sempadan Malaysia dan Singapura nyata dipandang serius apabila sekitar RM64.2 juta diperuntukkan tahun lalu.
Malah selesai lawatan mengejut baru-baru ini ke CIQ BSI, Fadillah turut mengumumkan beberapa usaha lain dalam meningkatkan keselesaan pengguna.
Katanya, tindakan empat akan dilaksanakan di CIQ, BSI dan KSAB akan dipantau Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Kesesakan di Tambak Johor.
Antaranya, 21 inisiatif diperkenalkan sejak 2019 menerusi Fasa 1 dengan 18 peratus atau 17 tindakan siap sepenuhnya.
Ujarnya lagi, tiga lagi inisiatif atau 14 peratus sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2025 sementara satu lagi insiatif belum dilaksanakan kerana ia masih berada dalam proses perolehan.
Pada masa sama, ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut, 26 cadangan baharu turut telah diperakui dengan jumlah peruntukan RM130 juta bagi Fasa 4 dan tujuh inisatif “quick win” berjumlah RM1.75 juta akan dilaksanakan segera menggunakan peruntukan sedia ada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Peruntukan demi peruntukan ini ternyata mencerminkan komitmen kerajaan dalam terus berusaha memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia khusus bagi pengguna yang menggunakan laluan ini secara harian.
Berbalik kepada fokus utama, secara keseluruhannya, inisiatif melaksanakan teknologi kod QR di Tambak Johor merupakan langkah positif dalam menangani kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kecekapan pengangkutan.
Dengan memanfaatkan penyelesaian teknologi moden, seperti kod QR, pihak berkuasa dapat menyempurnakan proses kawalan sempadan, meningkatkan pengurusan lalu lintas, dan meningkatkan pengalaman perjalanan secara keseluruhan bagi para pekerja dan pelancong.
* Syafik Shukri Jalil merupakan wartawan penyiaran di Astro AWANI dan lulusan Sarjana dari School of Art and Media, University of Brighton, United Kingdom.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Syafik Shukri Jalil
Wed Jun 05 2024
Kesesakan utama biasanya berlaku di CIQ BSI, Johor Bahru, lebih-lebih lagi di waktu puncak sekitar jam 4 pagi sehingga jam 9 pagi dan dari 5 petang sehingga 9 malam. - Gambar fail/Bernama
Prabowo demam, tangguh pertemuan dengan Anwar
Pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung di Langkawi hari ini, terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
AWANI Pagi: Caj Hospital Mahal, Apa Penyelesaian Jangka Panjang
#AWANIpagi akan bersama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, diskusi bagi mencari penyelesaian jangka panjang mengenai caj hospital mahal yang membelenggu ketika ini.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
AWANI Ringkas: Kes kematian kucing di UM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Apa Artinya Aku' - Kolaborasi epik Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya
Menurut Yovie Widianto, pemilihan ketiga-tiga penyanyi ini dibuat berdasarkan kehebatan vokal mereka yang luar biasa.
Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.
Dominasi AS di lautan dengan kapal pengangkut pesawat
Selepas 14 tahun, kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, Uss Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada November lepas, bagi tujuan lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Empat lubang benam dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing
Sebanyak empat lubang benam (sinkhole) dikesan berlaku di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan setakat ini.
Apple tidak pernah rancang pelan berbayar untuk Apple Intelligence
Tim Cook menyatakan bahawa Apple tidak merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri-ciri AI, melihatnya sebagai revolusi teknologi seperti skrin sesentuh.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Penggunaan kod QR di Tambak Johor diperluas kepada pengangkutan lain mulai 2025
Proses perolehan bagi penggunaan kod QR di Tambak Johor akan dimuktamadkan bagi tahun kewangan semasa.
Hampir dua juta pergerakan guna kod QR direkod di Tambak Johor
Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyRENTAS di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sejak 1 Jun lepas telah merekodkan hampir dua juta pergerakan.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Seabad Tambak Johor: Peranannya menghubungkan budaya dan sejarah
Adam berkata, pada 1970-an dia sering ke Johor Bahru melalui Tambak Johor untuk menonton wayang, rawatan perubatan dan melawat datuk di Pontian.
PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor
Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924, telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun.
Tunku Mahkota Ismail berkenan sempurnakan 100 tahun Tambak Johor
Kedua-dua delegasi melibatkan kepimpinan kerajaan negeri Johor dan kerajaan Singapura bertukar cenderahati menandakan hubungan utuh satu abad.
'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
[KOLUMNIS] Pengaplikasian teknologi di Tambak Johor, inisiatif penting tingkat kecekapan
Laluan Tambak Johor merupakan akses penting sebagai pintu gerbang utama yang menghubungkan Malaysia dan Singapura dan memudahkan pergerakan keluar masuk rakyat kedua-dua negara dan pelancong.