TANGGAL 19 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan konsep pentadbiran Malaysia MADANI yang menjadi kerangka dasar bagi memartabatkan semula Malaysia sebagai sebuah negara makmur dan dihormati.
Ketika awal diperkenalkan, wujud perdebatan berhubung isu pemilikan idea, malah tidak kurang juga ada yang mengkritik pemilihan gagasan itu.
Mungkin kerana asal perkataan Madani itu sendiri sinonim dirujuk kepada negara Madinah dengan teladannya daripada kepemimpinan Rasulullah SAW, menyebabkan pemilihan konsep pentadbiran Kerajaan Perpaduan itu menjadi pertikaian banyak pihak.
Malah ketika itu, ada mendakwa konsep Malaysia MADANI diperkenalkan Perdana Menteri tidak 'cocok' selain menyifatkannya sebagai luar tabii kerana tidak sesuai dengan imej Kerajaan Perpaduan.
Antara alasannya, Kerajaan Perpaduan turut didukung DAP dan kelompok yang didakwa berfahaman liberalisme sekali gus tidak menepati ciri-ciri MADANI yang bersifat Islamisasi.
Walaupun menerima pelbagai kritikan, Perdana Menteri tidak memilih untuk menoleh ke belakang kerana yakin acuan Malaysia MADANI diperkenalkan akan diterima sekiranya semua pihak memahami serta jelas dengan hala tuju gagasan itu.
Hakikatnya, Malaysia MADANI diperkenal Anwar dipilih khusus sebagai identiti pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang mencerminkan identiti gagasan serta hala tuju yang ingin digariskan.
Sudah menjadi lumrah biasa kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang memperkenalkan konsep pentadbiran masing-masing sebagai garis panduan dalam era pentadbiran mereka.
Sebagai contoh, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempromosikan 'Keluarga Malaysia'; Tan Sri Muhyiddin Yassin pula melalui 'Kerajaan Prihatin'; Datuk Seri Najib Razak memperkenal gagasan '1 Malaysia' dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui 'Islam Hadhari'.
Jika diselidik dari aspek istilah, Madani itu sendiri berasal daripada perkataan Arab iaitu 'Madinah’ yang bermaksud kota atau bandar yang teratur dan bersistem sekali gus memungkinkan kemajuan dan keamanan berlaku.
Sementara, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula memberi definisi 'madani' sebagai maju daripada segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan serta usaha membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai-nilai murni.
Hakikatnya, konsep berteraskan Madani itu sendiri bukan sesuatu yang baharu dan asing bagi Anwar. Sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 26 September 1995, beliau sudah mula memperkenalkan istilah 'Masyarakat Madani' ketika menyampaikan pidato dalam Forum Ilmiah Festival Istiqlal di Jakarta, Indonesia.
Antara dirungkai Anwar melalui 'Masyarakat Madani' ketika itu adalah sistem sosial yang subur diasaskan pada prinsip moral untuk menjamin keseimbangan dan kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat.
Kini, selepas 28 tahun berlalu, sudah tentu aura Madani yang dibawa diberi suntikan lebih segar dan kontemporari, sesuai dengan tuntutan era semasa.
Enam teras digariskan iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan juga memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan ia dicerakin sebagai kerangka dasar serta falsafah yang berkait rapat serta bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain.
Sebelum ini berlaku banyak kelemahan dari segi tata kelola terutamanya rasuah yang berleluasa, isu kemiskinan, gejala sosial dan kemusnahan alam sekitar. Maka konsep ini menekankan aspek tata kelola dalam pelaksanaan terhadap dasar sedia ada mendepani kemelut politik dan ekonomi negara.
Empat teras strategik
Malaysia MADANI bertunjangkan empat teras strategik utama iaitu membina semula ekonomi; menjamin kesejahteraan insan; reformasi institusi demokrasi dan perundangan serta mewujudkan pentadbiran beramanah.
Menerusinya, empat teras strategik Malaysia MADANI dirangka termasuk pembinaan semula ekonomi melalui pendekatan human economy; menjamin kesejahteraan insan; melaksanakan reformasi institusi demokrasi dan perundangan serta mewujudkan pentadbiran beramanah.
Kerajaan Perpaduan juga memberi jaminan bahawa konsep Malaysia MADANI diilhamkan berdasarkan kesediaan menerima perubahan dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.
Malah, ketika menyampaikan amanat 'Membangun Malaysia MADANI' pada Januari lalu, Perdana Menteri menyeru semua pihak khususnya barisan Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam supaya menerapkan Madani dalam urusan pentadbiran.
"Saya menaruh keyakinan tinggi Malaysia berupaya diangkat semula di persada dunia sebagai negara yang kukuh dan kuat. Kita tidak mahu Malaysia tercemar dengan skandal, permasalahan dan pertelingkahan kaum dan agama.
"Kita mahu Malaysia ini dikenali sebagai negara Madani yang mampu diangkat martabat negaranya. Salah satu negara yang harus dikenali sebagai negara makmur, adil dan menolak sebarang sebarang kezaliman terhadap individu atau kaum," kata Perdana Menteri.
Dapat dirumuskan bahawa, acuan Malaysia MADANI amat mementingkan nilai manusiawi dengan nilai rakyat diletakkan sebagai asas utama dalam memajukan negara dan ia tidak bersifat terasing.
Tidak hairanlah, dalam kerangka Malaysia MADANI, Kerajaan Perpaduan bertekad untuk membebaskan rakyat daripada cengkaman kemiskinan dalam sistem kapitalisme yang menyebabkan jurang kekayaan dan taraf hidup masyarakat semakin melebar.
Kerangka dasar Malaysia MADANI adalah falsafah pembangunan yang holistik dan menyeluruh berpandukan keprihatinan etika dan sosial serta berasaskan prinsip keadilan dan kebajikan.
Usaha Kerajaan Perpaduan itu patut disokong pada setiap peringkat dengan tumpuan sepatutnya diberikan terhadap usaha membawa manfaat konsep Malaysia MADANI kepada rakyat.
Hakikatnya, Malaysia MADANI bukanlah satu gagasan kerdil, sebaliknya tekad Kerajaan Perpaduan untuk melahirkan masyarakat yang maju, terampil dan terangkum.
Justeru, Malaysai MADANI itu hendaklah diterjemah dalam bentuk realiti secara total melalui pelaksanaan yang bersungguh-sungguh dan tekad politik yang sebenar.
Perdana Menteri juga percaya konsep Malaysia MADANI ini akan kekal relevan dan direncanakan sebagai satu tekad untuk menyelamatkan negara serta mencipta lonjakan baharu buat Malaysia.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 13 2023
Kerangka dasar Malaysia MADANI adalah falsafah pembangunan yang holistik dan menyeluruh berpandukan keprihatinan etika dan sosial serta berasaskan prinsip keadilan dan kebajikan.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov
Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan majlis Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani pada 22 hingga 24 November depan.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan
Kejayaan perlaksanaan belanjawan ini terletak pada keupayaan dan kesiapsiagaan penjawat awam yang bertanggungjawab melaksanakannya tahun depan.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.
Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan
Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat.
Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira
Bermatlamat menawarkan perumahan mampu milik, persekitaran harmoni yang menjelmakan konsep keterangkuman, kemakmuran dan perpaduan.
KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
SSPA menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat.
Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar
Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu dalam masa terdekat.
PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini
PENA membuka peluang kepada penulis tempatan untuk menerbitkan karya sastera melalui projek Penerbitan Buku PENA-MALAYSIA MADANI.