RAMAI yang tidak menyedari yang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman pada 10-15 Mac 2024 yang lalu telah diperkatakan di seluruh dunia.
Tumpuan dunia diberikan kepada ucapan Anwar yang mempertahankan Palestin dan mengkritik hipokrasi Barat mengenai peperangan yang berlaku di Gaza terutamanya pembunuhan kaum beramai-ramai warga Palestin oleh tentera rejim Israel.
Ini satu keberanian yang jarang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin utama negara yang seterusnya menjadi jurucakap kepada Dunia Islam dan masyarakat yang tertindas.
Meskipun tumpuan diberikan mengenai pembunuhan kaum di Gaza, matlamat lawatan Perdana Menteri adalah bagi mengeratkan persahabatan akrab di antara Malaysia dan Republik Persekutuan Jerman.
Antara program lawatan rasmi tersebut ialah pertemuan dua hala bersama Canselor Olaf Scholz dan kunjungan hormat ke atas Presiden Frank-Walter Steinmeier pada 11 Mac 2024, selain pertemuan dengan Naib Canselor Dr. Robert Habeck pada 13 Mac 2024.
Bagi rakyat Malaysia, tumpuan juga diberikan kepada mesyuarat meja bulat perniagaan dengan kapten-kapten industri dan sesi pertemuan bersemuka dengan syarikat-syarikat terkemuka tempatan dan Eropah pada 12 dan 15 Mac 2024. Pertemuan ini dihadiri oleh 38 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga Eksekutif kanan yang mewakili 23 syarikat terkemuka di Jerman.
Pertemuan ini penting bagi menjamin pelaburan asing daripada Jerman terus berkembang dan masuk ke Malaysia sebagai hab perdagangan global di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan data terkini, Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Jerman di Asia Tenggara.
Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman berjumlah RM63.5 billion, dengan peningkatan 1.8% nilai eksport kepada RM30.56 bilion daripada RM30.03 billion pada tahun 2022. Nilai pelaburan bagi 2023 adalah sebanyak 486 projek dengan penyertaan Jerman bernilai RM45.69 bilion (USD12.08 bilion) telah dilaksanakan, dengan mewujudkan sejumlah 49,591 peluang pekerjaan.
Terdapat 700 syarikat Jerman yang sedang beroperasi di Malaysia. Nilai dagangan di Selat Melaka yang berjumlah 3.5 trillion dolar Amerika Syarikat dan laluan lebih 80,000 kapal dagangan telah menarik minat Jerman untuk berada di Malaysia selain daripada kestabilan politik ekonomi yang wujud di Malaysia.
Berbalik kepada pertemuan dua hala Anwar dan Canselor Scholz dan kepimpinan Jerman, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama ekonomi, isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Namun berkenaan situasi di Gaza, meskipun pendirian adalah berbeza, kedua-dua belah pihak bersependapat mengenai: 1) pelaksanaan gencatan senjata secara kekal, 2) keperluan mendesak bagi bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin; dan 3) penyelesaian dua negara (two-state solution).
Perbincangan juga ada menyentuh tentang hubungan Jerman dan Malaysia dengan China. Pihak Barat melihat China sebagai pencabar kepada kekuatan ekonomi Barat. Melihat kepada isu kebergantungan terhadap China, Jerman cuba merongkaikan pergantungan tersebut dengan mengukuhkan hubungan luarnya dengan negara lain termasuk Malaysia.
Sebaliknya Malaysia mengakui pengaruh China yang semakin berkembang dan menekankan komitmen Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik Malaysia-China, sambil terus melindungi kedaulatan dan kepentingan negara.
Apa yang menarik ialah Malaysia telah menerima jemputan daripada Canselor Scholz untuk menyertai Climate Club. Secara asasnya, Malaysia menerima baik jemputan ini kerana ianya selari dengan agenda Malaysia khususnya bersangkutan dengan teknologi hijau. Malaysia juga yakin ini dapat dimanfaatkan dengan pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti yang boleh dimanfaat oleh warga Malaysia.
Ini akan mengukuhkan profil Malaysia bagi usaha tindakan iklim dan komitmen dalam memenuhi tanggungjawab di bawah Perjanjian Paris. Tambahan lagi, ini akan mengulangi komitmen untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan (TVET), pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh diperbaharui serta sektor perusahaan kecil sederhana.
Berbalik kepada isu politik ekonomi antara kedua-dua negara, hubungan Malaysia dan Jerman adalah sangat akrab. Ini membolehkan perencanaan ekonomi dilakukan dengan baik. Misalnya Jerman berharap agar Malaysia segera memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) bagi mempergiatkan lagi kerjasama ekonomi.
Dalam masa yang sama, Malaysia meminta kerjasama Jerman yang juga negara utama yang mendominasi Kesatuan Eropah untuk merakamkan kebimbangan Malaysia mengenai impak daripada pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (European Union Deforestation-free Regulation - EUDR) yang menyasarkan komoditi minyak sawit.
Malaysia menghargai kesudian Kerajaan Jerman untuk menjadi negara pengantara dengan Kesatuan Eropah dalam menyampaikan kebimbangan Malaysia serta isu-isu berkaitan dengan MEUFTA serta EUDR. Selain itu, isu penyalahgunaan pendanaan litigasi pihak ketiga (Third Party Litigation Fund - TPLF) diperbincangkan dan Kuala Lumpur meminta agar pihak Jerman dapat menyokong usaha dan inisiatif sediada untuk mengawal selia industri pendanaan litigasi.
Hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya untuk membawa potensi pelaburan ke Malaysia. Misalnya, Malaysia telah meraih potensi pelaburan baru bernilai RM45.4 bilion daripada tujuh syarikat Eropah bagi jangka masa 5 hingga 10 tahun. Projek di bawah Syarikat X-Fab, Melexis dan Schott Glass yang telah diluluskan pada 2023 dengan jumlah pelaburan bernilai RM4.45 bilion juga dijangka menjana sebanyak 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Malah, Malaysia juga memperoleh tambahan RM1.4 bilion daripada Airbus hasil potensi jualan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke Jerman dalam sektor aeroangkasa bagi tempoh 5 tahun akan datang.
Ini adalah sumbangan perbelanjaan import terkumpul Airbus sebanyak RM1.86 bilion kepada ekonomi Malaysia, sepanjang 3 tahun lepas. Jelas tedapat banyak pelaburan berpotensi yang berasaskan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) termasuklah semikonduktor, aeroangkasa, kimia, peranti perubatan dan teknologi kaca yang menjadi sektor penting yang menyumbang kepada kemajuan industri dalam negara.
Berdasarkan data German Foreign Office, pihak Jerman juga memberi tumpuan kepada kerjasama pendidikan tinggi di Malaysia. Terdapat lebih 114 perjanjian kerjasama antara universiti Jerman dan Malaysia khususnya di dalam bidang sains dan teknologi.
Kerjasama ini telah menyebabkan banyak program ijazah berganda, ijazah dual dan ijazah bersama selain pertukaran pelajar dan staf akademik dilakukan. Malah beberapa institusi Jerman juga aktif mendokong institusi tempatan seperti Goethe Institute dan Konrad-Adenauer-Stiftung.
Secara keseluruhannya, lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Jerman telah mencapai objektifnya dari aspek mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara kedua-dua negara dan meningkatkan kerjasama perdagangan dan peluang pelaburan untuk Malaysia.
* Artikel oleh Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia.
** Artikel merupakan sudut pandang penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Fri Mar 22 2024
![[KOLUMNIS] Hubungan baik Malaysia-Jerman bawa mesej kemakmuran politik-ekonomi [KOLUMNIS] Hubungan baik Malaysia-Jerman bawa mesej kemakmuran politik-ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710557876_tbAnwarIbrahim.jpg)
Meskipun tumpuan diberi mengenai situasi di Gaza, matlamat lawatan Perdana Menteri adalah bagi mengeratkan persahabatan akrab antara Malaysia dan Jerman. - Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720219967_tbMarkasPemerintaha.jpg)
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
![Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720171355_MOHDRABINBASIR.jpg)
Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand
Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai 2024.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024 Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720004190_PDRM.jpg)
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.
![Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
!['Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan 'Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719988036_ZalihaMustafa.jpg)
'Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan
Kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk membangunkan satu sistem untuk mengesan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bagi menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain.
![Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719914343_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.
![BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719868974_Beregulelakinegara.jpg)
BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final
Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China.
![Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711525781_TBanwaribrahimj.jpg)
Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM
Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719843538_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM
Anwar berkata beliau menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluas di peringkat rantau ASEAN.