ERA pascanormal atau melalui istilah bahasa Inggeris disebut sebagai Post Normal Times (PNT) manakala di dalam Bahasa Arab al-Fikru’l mustaqbaliy adalah istilah yang menggambarkan bahawa suatu keadaan dan transisi zaman yang penuh dengan ketidakpastian serta sukar diduga.
Istilah ini banyak dibincangkan dan didebatkan melalui pemikir-pemikir ulung dunia seperti Ziauddin Sardar (The Post-Normal Times Reader), Suhail Inayatullah (ASIA 2038: Ten Disruptions That Change Everything) dan juga disentuh oleh Francis Fukuyama (End of History).
Pemikiran dan debat isu era pascanormal ini boleh dikaitkan melalui pendekatan Islam dan Barat yang mana ia amat berkaitan dengan cabaran yang perlu dihadapi oleh umat manusia yang hidup pada ketika ini.
Era pascanormal boleh dikatakan berlaku pada ketika ini, era yang mana kita sedang hidup dan yang mana juga dikatakan sebagai era yang begitu getir dan sangat mencabar.
Oleh kerana itu, generasi yang ada pada hari ini adalah generasi ikut-ikutan dan hanya bertaklid dengan pendapat dan penemuan generasi terdahulu tanpa ada sebarang islah dan tajdid.
Walau hebat bagaimanapun generasi kini masih lagi tidak mampu mengulangi kehebatan dan kemampuan generasi terdahulu dan tidak akan lebih hebat dari generasi yang akan datang kerana sudah terang bahawasanya kita sedang hidup dalam era pascanormal.
Perkara ini juga boleh dikatakan segala yang normal telah berakhir dan kita sedang hidup dalam keadaan dan persekitaran yang tidak normal, walaupun kita cuba menormalisasikan perkara yang berlaku pada ketika ini sebagai norma baharu.
Sesungguhnya ia bukan norma baharu tetapi ia adalah suatu krisis, kerana kita tidak boleh sesekali menormalisasi krisis sebagai perkara dan keadaan yang normal.
Era yang kita diami pada masa kini adalah era penggantian, yang mana pegangan ortodoks dan konservatif kian pupus, sementara generasi baharu yang hebat masih belum lahir, sedangkan segala perkara yang berlaku amat sukar kita fahami akibat kekurangan ilmu akibat malas dan tidak mahu menggali ilmu.
Dalam era pascanormal, sesuatu fenomena yang tidak normal dianggap normal dan menjadi kebiasaan sebagaimana yang disebut di dalam buku yang bertajuk Zeitgeist, Memerdekakan Pemikiran Terpasung (Hisyam Basabah, 2021), banyak perkara yang tidak patut menjadi patut dan perkara yang patut menjadi tidak patut di dalam zaman ini. Kebenaran dianggap sebagai suatu yang asing manakala yang dusta dianggap sebagai suatu hal yang normal.
Kenyataan ini amat berkait rapat dengan zaman edan atau era pascanormal sebagaimana kini.
Melalui kajian yang dilakukan oleh Profesor Datuk Seri Zaleha Kamarudin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui wacananya yang bertajuk “Pelaksanaan Undang-Undang Syariah: Cabaran Masa Kini” dalam Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia pada 17 Oktober 2018, beliau menggariskan era pascanormal terdiri daripada tiga ciri utama iaitu penyusunan semula kuasa, perubahan yang mendadak dan ketidakpastian serta kecelaruan tingkah laku.
Ciri-ciri ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh Ziauddin Sardar dan Suhail Innayatullah namun ditambah oleh Profesor Datuk Seri Zaleha dengan penyusunan semula kuasa.
Menurut beliau, penyusunan semula kuasa ini adalah sebagai tindak balas daripada perubahan struktur kepimpinan yang dahulunya dipelopori oleh sistem kekaisaran dan empayar namun berubah kepada sistem negara bangsa yang lebih bersifat etnosentrik secara ideanya.
Perubahan yang mendadak juga sebagai ciri era pascamoden ini pula ditakrifkan sebagai penggantian dengan cara gaya individualistik yang menekankan kecekapan dan keberkesanan yang membawa kepada bentuk hubungan interpersonal dan rootless.
Perkara ini pada akhirnya telah menatijahkan krisis nilai dalam masyarakat sehingga masyarakat semakin jauh daripada nilai yang sewajarnya menjadi pegangan sekali gus identiti yang menunjukkan bangsa atau agama mereka.
Era pascanormal ini perlu dihadapi dengan kesedaran yang mendalam melalui akal dan jiwa yang benar-benar bebas daripada kebobrokan.
Penyelesaian sebenar terhadap kerencaman persoalan peradaban dalam era pascanormal tidak dapat tidak harus kembali kepada akar umbi keinsanan sendiri iaitu dimensi moral dan etika yang mendalam.
Panggung pendidikan negara perlu dihias dengan pembudayaan ilmu yang benar-benar bebas daripada keterpurukan minda yang dimonopoli oleh mereka yang berkepentingan.
Sekolah dan universiti seharusnya tidak lagi menjadi ladang-ladang ternakan bagi menghasilkan tenaga kerja yang hanya bertaklid dan beriktikad membabi buta, sehingga hanya sekadar menjadi pemain-pemain yang hanya mengisi keperluan industri semata-mata, namun jauh lebih dari itu mampu menjadi ejen reformasi sistem yang selama ini memenjarakan kita dalam kemunduran akal dan jiwa.
Jabatan-jabatan kerajaan juga perlu berevolusi ke arah budaya kerja kelas pertama yang mana bukan sekadar menjadi silibus dalam Program-program Transformasi Minda semata-mata namun disuburkan melalui pengamalan dari hierarki teratas hingga terbawah.
Era pascanormal ini perlu diakhiri dengan segera kerana ia dilihat sebagai sebuah era yang penuh kebungkaman dan kelesuan.
Masyarakat perlu disuburkan degan budaya ilmu yang kritikal terhadap sesuatu isu dan bukan semata-mata membicarakan perkara-perkara titik bengik semata-mata namun lebih dari itu melibatkan isu-isu fundamental namun besar impaknya.
Budaya pemikiran kritis, analitikal, perbahasan dan wacana adalah kunci kepada kesedaran intelek yang seterusnya menghasilkan generasi yang penuh wibawa sehingga mampu menggegar seluruh ancala di marcapada ini.
Namun, hal ini tidak akan menjadi realiti sekiranya golongan ilmuan, agamawan dan kuasawan tidak mengambil tanggungjawab ini dengan penuh iltizam dan keinsafan.
**Hisyam Basabah adalah seorang penganalisis sosial, penulis dan calon Doktor Falsafah Sains Politik, UUM. Kini bertugas di Kluster Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Mon Oct 30 2023
![[KOLUMNIS] Era pascanormal dan krisis kebejatan masyarakat [KOLUMNIS] Era pascanormal dan krisis kebejatan masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698667544_covidorangramai.jpg)
Era pascanormal boleh dikatakan berlaku pada ketika ini, era yang mana kita sedang hidup dan yang mana juga dikatakan sebagai era yang begitu getir dan sangat mencabar. - Gambar hiasan
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![[KOLUMNIS] Era pascanormal dan krisis kebejatan masyarakat [KOLUMNIS] Era pascanormal dan krisis kebejatan masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698667544_covidorangramai.jpg)
[KOLUMNIS] Era pascanormal dan krisis kebejatan masyarakat
Era pascanormal ini perlu dihadapi dengan kesedaran yang mendalam melalui akal dan jiwa yang benar-benar bebas daripada kebobrokan.
![[KOLUMNIS] Potensi peranan strategik Pusat Pemberian Vaksin di Institusi Pengajian Tinggi [KOLUMNIS] Potensi peranan strategik Pusat Pemberian Vaksin di Institusi Pengajian Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625933439_PPVIPT.jpg)
[KOLUMNIS] Potensi peranan strategik Pusat Pemberian Vaksin di Institusi Pengajian Tinggi
Selain menjadikan PPV di IPT sebagai pusat pengagihan vaksin, peranan strategik pusat ini juga boleh dikembangkan melalui pemberian nilai tambah khususnya melalui usaha penyelidikan.
![Ketelitian dan kebijaksanaan dalam melantik Naib Canselor IPTA Ketelitian dan kebijaksanaan dalam melantik Naib Canselor IPTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623656049_KementerianPengajia.jpg)
Ketelitian dan kebijaksanaan dalam melantik Naib Canselor IPTA
Universiti perlu menjadi suri tauladan dengan memberi contoh yang baik. Ia dapat dimulakan dengan pelantikan Naib Canselor yang dilakukan secara terbuka dan profesional.
![Dominasi dan eksploitasi Zionis terhadap dunia Dominasi dan eksploitasi Zionis terhadap dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621048743_Smokeandflames.jpg)
Dominasi dan eksploitasi Zionis terhadap dunia
Pihak yang menguasai modal seterusnya ekonomi mempunyai kuasa dan kemampuan menekan pihak lain yang tidak mempunyai modal dan kuasa ekonomi.
![Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606025187_KUALALUMPUR.jpg)
Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi
Situasi ini cukup memperlihatkan bahawa majoriti dua pertiga amat perlu bagi menjamin kestabilan politik negara
![Mizukara, nilai sepunya Melayu yang kini signifikan terhadap masyarakat Jepun Mizukara, nilai sepunya Melayu yang kini signifikan terhadap masyarakat Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599217887_BudayaJepun.jpg)
Mizukara, nilai sepunya Melayu yang kini signifikan terhadap masyarakat Jepun
Hamka juga ada menyatakan tentang -international minded- yang sangat perlu sebagai cara dan kaedah untuk bergaul di peringkat antarabangsa.
![Sampai bila mahu tunjuk lagak tapi berjiwa hamba? Sampai bila mahu tunjuk lagak tapi berjiwa hamba?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81456410570_IstanaBudaya.jpg)
Sampai bila mahu tunjuk lagak tapi berjiwa hamba?
Sudah cukup rasanya berlagak 'orang putih' kerana ia hanya merugikan diri sendiri dan generasi yang akan mewarisi bumi bertuah ini.
![Rodrigo Duterte menghambat ego Amerika Syarikat Rodrigo Duterte menghambat ego Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581685876_RodrigoRoaDuterte.jpg)
Rodrigo Duterte menghambat ego Amerika Syarikat
Dunia menanti, apakah akan ada kenyataan mahupun tindakan yang dianggap 'gila' dari pemimpin 'Maharlika' ini.
![Negara kuasa veto dalam struktur antarabangsa sudah tidak relevan Negara kuasa veto dalam struktur antarabangsa sudah tidak relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61572145653_TBPBB.jpg)
Negara kuasa veto dalam struktur antarabangsa sudah tidak relevan
Negara kuasa besar mempunyai peranan yang cukup penting di dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa.
![Perang teknologi Amerika Syarikat-China, Malaysia bagaimana? Perang teknologi Amerika Syarikat-China, Malaysia bagaimana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51560487089_950x600.jpg)
Perang teknologi Amerika Syarikat-China, Malaysia bagaimana?
Situasi kini amat berbeza kerana dilema keselamatan Amerika Syarikat itu sendiri.