Ia boleh melibatkan ketidakselesaan atau perasaan bahawa makanan tersekat di kerongkong, pangkal tekak atau dada.
SIMPTOM
Selain daripada itu, pesakit boleh merasa sakit semasa menelan (odynophagia), ketidakupayaan untuk menelan, menjeluak (makanan keluar balik), pedih ulu hati yang kerap dan batuk atau tersedak apabila menelan.
Jikalau pesakit tidak datang awal untuk menerima rawatan yang sewajarnya, pesakit boleh mula mengalami suara serak, air liur meleleh dan penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
Ada beberapa punca untuk kesukaran menelan. Antaranya adalah seperti gangguan neurologi (contoh penyakit Parkinson, multiple sclerosis, dan strok), halangan seperti tumor (penyakit barah), striktur, atau badan asing dalam esofagus, dan juga gangguan otot esofagus (contoh penyakit achalasia dan skleroderma).
KOMPLIKASI DYSPHAGIA
Memahami risiko yang berkaitan dengan dysphagia boleh membantu mengenal pasti isu-isu awal sebelum mereka menjadi masalah yang serius.
Beberapa komplikasi serius yang boleh disebabkan oleh dysphagia termasuk:
Kekurangan zat makanan
Tidak mendapat pengambilan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita boleh menjadi masalah.
Dengan keupayaan menelan yang berkurangan, ia mungkin menjadi sukar, tidak selesa atau tidak menyenangkan untuk memakan.
Orang yang mempunyai selera makan yang lemah kerana disfagia harus berhati-hati dengan penurunan berat badan atau gejala umum yang datang dengan kekurangan zat makanan, seperti keguguran rambut atau berasa sejuk dan letih sepanjang masa.
Dehidrasi
Tidak dapat mendapatkan cecair yang mencukupi boleh menyebabkan dehidrasi yang seterusnya memudaratkan fungsi buah pinggang, tekanan darah rendah dan boleh mempengaruhi fungsi penting organ-organ lain dalam badan.
Pneumonia Aspirasi
Pneumonia aspirasi berlaku apabila proses penelanan terjejas.
Makanan dan cecair - termasuk air liur, asid perut, dan semua jenis virus dan bakteria - masuk ke dalam paru-paru.
Ini menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk yang boleh membawa kepada sepsis yang meluas.
Orang yang mendapat pneumonia aspirasi mempunyai prognosis yang lemah, dengan kadar kematian keseluruhan antara 11 peratus dan 30 peratus dan setinggi 70 peratus dalam sesetengah populasi.
RAWATAN
Selepas doktor bertemu bual dan memeriksa pesakit, secara lazimnya pesakit akan melalui penyiasatan endoskopi (iaitu suatu tiub fleksibel dengan kamera dimasukkan ke dalam kerongkong untuk melihat esofagus dan perut).
Daripada maklumat yang didapati, bergantung kepada apakah punca susah menelan itu, pesakit mungkin perlu siasatan selanjutnya dengan manometri esofagus untuk mengukur penguncupan otot berirama esofagus semasa menelan.
Rawatan berbeza secara meluas bergantung kepada punca asas. Sesetengah punca disfagia boleh dirawat atau diurus dengan berkesan, manakala yang lain mungkin lebih mencabar untuk ditangani.
BILA PERLU MENDAPATKAN BANTUAN PERUBATAN?
Jika anda mengalami kesukaran menelan yang berterusan, penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, memuntahkan makanan, atau mempunyai gejala yang mengganggu makan atau minum, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan sebelum ia menjadi terlalu lambat untuk mendapatkan rawatan yang berkesan.
* Dr Theevashini Krishnasamy merupakan pakar perunding Pembedahan Am, Upper GI & Bariatrik Surgeri di UiTM Private Specialist Center (UPSC)
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.