MALAYSIA adalah bumi bertuah yang memiliki keindahan, kepelbagaian budaya dan warisan yang tidak berkesudahan.
Antara tapak-tapak warisan dunia yang unggul di Malaysia adalah Taman Geopark UNESCO Langkawi, Taman Negara Gunung Mulu, Tapak RAMSAR Tanjung Piai serta Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town.
Apabila seseorang itu melangkah masuk ke sesuatu kawasan warisan dunia, dia pastinya dapat menyelami keindahan, keunikan serta keajaiban tapak tersebut yang sememangnya menggamit tumpuan.
Kota George Town seharusnya memiliki ciri-ciri ini, memandangkan ianya adalah salah satu kota bersejarah di Malaysia yang telah diberikan status ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh UNESCO pada tahun 2008.
Berdasarkan laman web UNESCO, kota George Town telah disenaraikan berdampingan Melaka memandangkan kedua-duanya adalah bekas negeri-negeri Selat yang ‘membentuk tatakota senibina dan kebudayaan yang tidak tertandingi oleh mana-mana kota di Asia Timur dan Asia Tenggara’ – gabungan harmoni kekayaan warisan Melayu, Cina dan India serta British.
George Town dan Melaka sememangnya kota budaya Malaysia yang kaya dengan sejarah yang indah.
Melaka telah berubah mendadak sejak dua dekad yang lalu dengan reputasinya sebagai kota pelancongan Malaysia yang unggul.
Sungai Melaka yang dahulunya hambar dan seakan longkang kumbahan kini telah berubah wajah menjadi tarikan utama di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Sungai Melaka berubah bagaikan ‘kolam pelbagai warna’ setiap malam.
Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk mengindahkan siarkaki di sepanjang sungai dari Kuala Melaka sehingga Kampung Morten – kampung warisan yang memperlihatkan keanggunan warisan senibina Melayu.
Kampung ini ibarat sebuah muzium dengan sendirinya.
Selain itu, tapak-tapak warisan di Melaka seperti Jalan Hang Jebat (Jonker Street), puing-puing A’Famosa dan Bukit St. Paul serta bangunan Merah ‘Stadhuys’ telah dipelihara dan dipulihara sewajarnya bagi memperlihatkan pertembungan budaya senibina dikalangan penduduknya.
Kawasan di mana warisan bersejarah ini terletak (terutamanya di antara Stadhuys sehingga ke A’Famosa) adalah bebas kenderaan bermotor dan hanya pejalan kaki dan penunggang basikal dibenarkan masuk – menjadikannya sangat ramah pelancong.
Bagaimanapun, ciri-ciri ini mungkin tidak muncul di ingatan mana-mana pengunjung apabila kota George Town dibahaskan.
Memang benar George Town adalah kota bersejarah yang bertaraf tapak warisan dunia.
Sebagai sebuah kota yang diberikan taraf sedemikian, seharusnya George Town dihiasi bangunan-bangunan warisan yang dipelihara dan dipulihara dengan baik, memiliki daerah pelancongan yang dihiasi lampu-lampu indah serta siarkaki yang memberikan keselesaan kepada para pengunjung.
Ini jauh dari realiti memandangkan para pejalan kaki atau pengunjung terpaksa, dalam pelbagai situasi, berjalan di samping jalan raya yang mungkin berbahaya terutamanya di jalan-jalan utama yang sibuk.
Sebagai sebuah kota pelancongan, George Town seharusnya dilengkapi sistem pengangkutan awam yang cekap seperti di Kuala Lumpur dan Singapura.
Setelah bertahun berbangga dengan taraf sebuah kota moden di utara Semenanjung, George Town masih tidak berubah.
Ketiadaan sistem pengangkutan awam menyebabkan penduduk dan pengunjung tidak memiliki sebarang pilihan melainkan untuk memandu ke pusat kota.
Ini menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan jalan raya dan pencemaran yang boleh mencacatkan status George Town sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Bagaimana mungkin para pengunjung ingin menikmati kota indah ini apabila jalan melimpah dengan kenderaan dan tempat letak kereta sulit ditemukan?
Sebagai sebuah kota di atas pulau, seseorang dapat membayangkan atau mengharapkan George Town memiliki dataran tepian air untuk dinikmati orang awam.
Namun, kebanyakan kawasan tepian air di dalam zon tapak warisan dunia UNESCO George Town dimiliki entiti swasta dan satu-satunya tepian air yang mudah dicapai oleh masyarakat ialah di Padang Kota Lama.
Dengan giatnya kerja-kerja penambakan tanah di kawasan persisiran berhampiran Persiaran Gurney, kawasan yang dahulunya indah dengan pemandangan laut yang memukau kini hanya sekadar daerah dengan banyak bangunan tinggi, pusat membeli belah serta kafe-kafe, tidak lebih dari itu.
Memang benar banyak gedung-gedung lama, gereja, masjid, tokong dan kuil yang dijaga baik.
Tetapi, tidak sulit untuk seseorang untuk menemukan beberapa bangunan usang yang kelihatan kusut di pusat kota George Town .
Ini adalah suatu yang tidak patut dimiliki oleh kota bersejarah yang diiktiraf UNESCO ini.
Daripada memfokuskan usaha terhadap kerja-kerja memperbaiki kemudahan pelancongan di sekitar kota George Town, tumpuan lebih diberikan kepada pembinaan bangunan kondominium pencakar langit yang mungkin kelihatan indah nian dari jauh, tetapi terlalu mahal untuk dimiliki penduduk tempatan.
Selain daripada kerja-kerja penambakan tanah di Persiaran Gurney, terdapat juga projek pembinaan pulau buatan tidak jauh dari Teluk Kumbar, di selatan pulau mutiara ini.
Namun, Teluk Kumbar terletak jauh daripada kawasan warisan dunia George Town.
Dalam sejarah penyenaraian tapak warisan dunia UNESCO, terdapat empat kawasan di dunia yang telah dinyah-tarafkan (satu dinyah-tarafkan secara separa) iaitu Liverpool di Britain, Arabian Oryx Sanctuary di Oman, Dresden Elbe Valley di Jerman dan Gereja Bagrati di Georgia.
Antara sebab kawasan-kawasan ini dinyah-tarafkan adalah pembangunan tidak terkawal di dalam atau sekitar tapak warisan dunia serta kerja-kerja pengubahsuaian yang boleh menggugat keaslian dan nilai sejarah.
Sebagai contoh, kawasan tepian air di Liverpool hilang taraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO akibat daripada pembangunan berleluasa yang memberi ancaman kepada kawasan bersejarah ini.
Mengambil teladan daripada contoh ini, kerajaan negeri Pulau Pinang mungkin boleh menilai semula dan mengawal projek pembangunan terutamanya yang terletak berdekatan tapak warisan di George Town.
Usaha kerajaan negeri Melaka memperindah kawasan bersejarah di kota Melaka perlu dicontohi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Jangankan bangunan-bangunan bersejarah, kawasan di sekitar kompleks KOMTAR pun kelihatan usang tanpa penjagaan sewajarnya sekaligus tidak melambangkan George Town sebagai kota utama sebuah negeri yang sering digembar-gemburkan sebagai makmur dan kaya.
Jauh sekali gahnya Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching, Sarawak atau Masjid Biru di Shah Alam, Selangor (yang hampir seusia KOMTAR), jika dibanding mercu tanda yang sepatutnya menjadi kebanggaan George Town ini, selain gedung-gedung warisan yang bertebaran.
Moga usaha berterusan terus dijalankan agar bangunan-bangunan bersejarah dan gedung-gedung warisan dijaga baik, dilengkapi kemudahan yang mesra pelancong, agar George Town terus terkenal indah perkasa sebagai tapak warisan dunia UNESCO yang ulung.
Kerajaan negeri Pulau Pinang dipimpin berdekad lamanya oleh pihak yang sering mendakwa mereka lebih cekap dan pintar dari yang lain. Maka buktikanlah.
Tiba masanya George Town diperindah dengan lebih giat agar kota ini benar-benar terlihat gah di mata dunia sebagai kota warisan yang unggul.
* Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau juga adalah felo bersekutu kanan di Asian Institute of International Affairs and Diplomacy (AIIAD), Universiti Utara Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli
Mon Nov 29 2021
Tiba masanya George Town diperindah dengan lebih giat agar kota ini benar-benar terlihat gah di mata dunia sebagai kota warisan yang unggul. - Gambar fail/BERNAMA
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO
Guterres menekankan kadar yang membimbangkan pembunuhan wartawan di zon konflik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Tidak munasabah bubar GTWHI - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sifatkan cadangan membubarkan Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) sebagai sebuah GLC tidak munasabah.
Budaya sarapan Malaysia: Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di Pejabat PBB
Ini kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik di Palais des Nations.
Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.
Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO
Akademi Boria sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Kemboja: Tambak di bahagian barat Angkor Wat dilancar
Pemuliharaan dan pengukuhan tambak dengan mengekalkan bentuk asalnya telah meningkatkan nilai kuil Angkor Wat.