KUALA LUMPUR: Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Antarabangsa di Geneva pada pagi Khamis telah menganjurkan acara eksklusif bertajuk 'Malaysian Breakfast Culture: The Protection of Intangible Cultural Heritage' di Geneva.
Ini adalah kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya yang kaya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik - Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik - di Palais des Nations, pejabat PBB di Geneva.
Acara itu diadakan di luar sesi ke-56 Majlis Hak Asasi Manusia yang sedang berlangsung, menurut kenyataan Wakil Tetap Malaysia yang dihantar kepada Bernama.
Datuk Nadzirah Osman, Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, menekankan nilai budaya hidangan kegemaran itu dalam ucapan aluannya, mengiktirafnya sebagai elemen penting warisan budaya tidak ketara Malaysia.
Memahami kepentingan melindungi budaya sarapan Malaysia, termasuk pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan hidangan ikonik itu, Malaysia telah mencalonkan Budaya Sarapan Malaysia untuk disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada Mac 2023.
"Pencalonan ini menekankan kepentingan memelihara dan meraikan tradisi masakan Malaysia sebagai sebahagian daripada warisan budayanya yang kaya dan pelbagai," katanya.
Dalam hal ini, Nadzirah berharap pencalonan Malaysia akan disokong oleh negara-negara anggota semasa pemilihan di Jawatankuasa Antara Kerajaan ke-19 Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Paraguay pada Disember tahun ini.
Acara itu dihadiri oleh kira-kira 100 diplomat serta pegawai PBB dan organisasi antarabangsa yang berpeluang menikmati cetusan rasa yang kaya dan mencerminkan masyarakat berbilang budaya di Malaysia.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Jawatankuasa Antara Kerajaan UNESCO bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara, Malaysia komited untuk mempromosikan hak budaya dan melindungi warisan budaya dalam semua bentuknya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Sarapan ikonik kegemaran rakyat Malaysia - nasi lemak, roti canai dan teh tarik - dihidangkan di Palais des Nations, pejabat PBB di Geneva, pada Khamis. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Budaya sarapan Malaysia: Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di Pejabat PBB
Ini kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik di Palais des Nations.