GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menyifatkan cadangan membubarkan dan menutup Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) susulan kontroversi berkaitan video promosi Festival Georgetown 2024 satu permintaan tidak munasabah.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata GTWHI yang wujud sejak 16 tahun lepas itu perlu dinilai dari segi peranan agensi berkenaan untuk memastikan George Town kekal sebagai tapak warisan dunia.
Beliau berkata GTWHI juga menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan World Heritage.
"Saya percaya video itu dipaparkan sejak lebih sebulan lepas, ia mengandungi isi kandungan yang bukan apa yang kita lihat hari ini, ia ada 80 program sepanjang (Festival George Town 2024).
"Kalau cuma kerana satu video mahu GTWHI dibubarkan, saya dapati ini satu permintaan yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival George Town 2024 di sini hari ini.
Chow berkata demikian mengulas laporan akhbar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya daripada Bersatu Izhar Shah Arif Shah yang mencadangkan kerajaan negeri membubarkan GTWHI.
Terdahulu, GTWHI selaku penganjur Festival George Town 2024 meminta pihak kontraktor festival yang dilantik untuk menyelesaikan isu berkaitan video promosi yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India sahaja.
Ia berikutan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin parti politik kesal dengan penyiaran video promosi sambutan festival berdurasi satu minit 47 saat yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Beliau berkata sejak dahulu lagi program-program yang diatur sepanjang Festival George Town berlangsung melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan etnik di negeri ini.
''Kalau kerana satu (video) dikatakan kesilapan, kita sudah arahkan penganjur untuk lakukan apa yang terbaik dan memberi penjelasan kepada kerajaan negeri," katanya.
Chow berkata selain penyertaan peringkat antarabangsa ia festival itu turut disertai sembilan kumpulan terdiri kaum Melayu membabitkan pelbagai bentuk persembahan, bengkel dan lain-lain.
Sementara itu, bagi menghormati Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim esok beberapa acara hiburan di festival berkenaan ditangguh bagi menghormati istiadat pertabalan.
Festival George Town dengan tema "Kini Di Sini" bermula hari ini hingga 28 Julai ini, bakal membawakan 80 program termasuk 53 acara persembahan artis tempatan dalam bentuk seni filem, teater, pameran, seni pemasangan dan pengalaman deria silang disiplin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Chow berkata GTWHI yang wujud sejak 16 tahun lepas itu perlu dinilai dari segi peranan agensi berkenaan untuk memastikan George Town kekal sebagai tapak warisan dunia. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pulau Pinang akan tetapkan sendiri had harga rumah buat pembeli asing
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo akan membangkitkan perkara itu untuk dibincang semasa mesyuarat.

Kementerian, kerajaan negeri dakwa tidak tahu cadangan lapangan terbang baharu
Laporan akhbar milik MCA itu hanya menyebabkan kekeliruan di kalangan industri komunikasi dan pengangkutan.

Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.

Kerajaan P.Pinang cadang beli semua rumah kos rendah daripada pemilik
Kerajaan Pulau Pinang sedang meneliti perancangan untuk membeli semula rumah kos rendah yang pemiliknya telah berjaya menaik taraf status sosioekonomi mereka.

Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.