Kerajaan Pulau Pinang dijangka menetapkan had harga rumah tersendiri bagi pembeli dari kalangan warga asing membeli hartanah dalam negeri, kata Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo.
Katanya beliau akan membangkitkan perkara itu untuk dibincangkan semasa mesyuarat exco sebelum memutuskan pendirian kerajaan negeri.
"Kita perlu melihat secara keseluruhan, kerana had yang ditetapkan peringkat nasional adalah bagi menangani isu bekalan hartanah berlebihan, yang khusus merujuk kepada bangunan dengan status hakmilik strata.
"Kita akan bincangkan kemudian nanti kerana kita mahukan satu pengumuman yang rasmi supaya para pemaju memahami pendirian kita," katanya kepada wartawan di sini hari ini.
Semasa membentangkan Belanjawan 2020 pada Jumaat lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan menurunkan had harga hartanah bangunan tinggi di kawasan bandar untuk pemilikan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 tahun, bagi mengurangkan bekalan kondominium dan pangsapuri tidak terjual yang jumlah keseluruhan menjangkau RM8.3 bilion pada suku kedua 2019.
BACA: Kerajaan negeri boleh tetapkan had harga rumah pembeli asing - KPKT
BACA: Jumlah pemilikan rumah oleh warga asing terkawal - KPKT
VIDEO: Belanjawan 2020: Kawal harga rumah
Bagaimanapun Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat berkata Pulau Pinang tidak pernah menuruti amalan sama diamalkan oleh kerajaan persekutuan berkaitan had pembelian oleh warga asing itu.
Katanya langkah itu bukan sesuatu yang baharu, kerana kerajaan negeri sebelum ini juga tidak pernah mematuhi had pembelian RM1juta yang ditetapkan kerajaan persekutuan.
"Malah Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin sendiri mencadangkan supaya setiap negeri menetapkan had masing-masing, bagi hartanah yang hendak dibeli warga asing," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 18 2019
Jagdeep akan membangkitkan perkara itu untuk dibincangkan semasa mesyuarat exco sebelum memutuskan pendirian kerajaan negeri. - Bernama
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Runtuhan tebing ancam nyawa
Jabatan Pengairan dan Saliran memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.
Pesawat baharu A330neo Malaysia Airlines bermasalah, Airbus jamin beri sokongan penuh
Pesawat yang dilengkapkan dengan teknologi enjin terbaharu Rolls Royce, mengalami masalah teknikal selepas melakukan penerbangan sulung yang dikaitkan dengan kebimbangan membabitkan kualiti pengeluaran serta proses penghantarannya.
Agenda AWANI: Isu doktor letak jawatan | Selesaikan segera
Apa strategi yang perlu segera diambil bagi menangani masalah peletakan jawatan pakar perubatan awam di negara ini supaya tidak menggugat ketahanan sektor kesihatan awam? Diskusi 8.30 malam
Pulau Pinang akan tetapkan sendiri had harga rumah buat pembeli asing
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo akan membangkitkan perkara itu untuk dibincang semasa mesyuarat.