23 April ini Kuala Lumpur akan menyertai senarai 20 Ibu Kota Buku Dunia (WBC).
Satu titik sejarah yang meletakkan tahun 2020 sebagai tahun pemetaan Malaysia dalam peradaban ilmu dunia.
Madrid memulakan pergelaran WBC pada 2001. Sejak itu, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan
PBB (UNESCO) membawa WBC ke 19 ibu kota di pelbagai benua.
Dari Madrid ke Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota
(2007), Amsterdam(2008), Beirut (2009) dan Ljubljana (2010).
Kota Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017 dan Athens (2018).
Sebelum arca WBC dipindahkan ke Kuala Lumpur, Sharjah menjadi tuan rumah bagi 2019.
Memang unik dan bersejarah kerana KLWBC menjadi ibu kota buku dunia ke-20 pada tahun 2020.
Kuala Lumpur berjaya membida undi anggota UNESCO dengan tema KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan.
Tema khas ini menjadikan peradaban membaca bukan semata-mata eksklusif untuk dunia ilmuan tetapi
merunut, merakyat dan membumi ke akar umbi.
* Cabaran KLWBC Merakyat dan Membumikan Buku
Energi Kuala Lumpur dalam membudayakan buku dan baca memang ada pesona luar biasa.
Ketika bidaan dibuat pada 2018, kadar bacaan di Malaysia berada pada purata 1.7 muka surat sehari.
Malah, judul penerbitan buku sekitar 20,000 dan di bawah pengkadaran global iaitu 0.1 peratus penduduk.
Relatifnya, judul penerbitan Malaysia harus melepasi 30,000 judul setahun.
Namun, inilah magis Kuala Lumpur. Walaupun tabiat membaca rakyat Malaysia di bawah paras 15 buku
setahun - UNESCO melihat parameter Malaysia berdasarkan iltizam dan potensi Kuala Lumpur melalui
kempen bidaannya.
Sebagai negara muda peradaban berbukuan - Kuala Lumpur mewakili semangat luar biasa Malaysia untuk
membudayakan buku dan ilmu sebagai gaya hidup masyarakat dan rakyat.
* Apakah Magis Kuala Lumpur?
Dengan slogan KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan - KLWBC akan merentas
kesenjangan jurang ilmu, ekonomi dan kepelbagaian budaya Malaysia melalui kesatuan membaca.
Kuala Lumpur juga akan mengangkat agenda buku dan ilmu dalam pembangunan kota muda ini dengan
infrastruktur mega, inklusiviti akses bacaan tanpa had, pengisian perbukuan dalam ledakan digital dan
mengukuhkan pertumbuhan minda anak-anak dengan identiti membaca.
Melalui 300 acara yang diterajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta 150 NGO pecinta buku - KLWBC akan menjadikan
Kuala Lumpur dinyawai budaya membaca sepanjang 2020.
KLWBC akan membuka kalendar aktivitinya melalui Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
pada 27 Mac hingga 5 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Temasya warna-warni pembacaan akan terus bersemarak pada Festival KLWBC mulai 18 hingga 23
April di Dataran Merdeka dan lokasi Lembah Membaca di sekitar Kuala Lumpur.
Lebih 30 acara akan mengisi festival ini dengan kemuncak acara melalui majlis pelancaran pada 22 April.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan melancarkan KLWBC dengan menerima Arca WBC dari
wakil tuan rumah 2019, Sharjah.
Pementasan mega Legasi yang di Surat oleh DBKL dan pelancaran lagu tema Lagu Cinta Kuala Lumpur akan mengisi acara perasmian yang bermula pada pukul 9 malam.
Kemuncak acara pembukaan akan dilengkapkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dengan
meletakkan penanda Arca WBC tepat jam 12.01 minit pada 23 April di Dataran Merdeka.
PNM akan melengkap festival perasmian ini dengan kempen Jom Baca pada pukul 11 hingga 11.10 minit
pada 23 April.
Sebanyak 30 acara sepanjang festival akan disusuli pelbagai acara hingga April 2021.
Antaranya Festival Filem Pendek KLWBC, Sayembara Menulis Novel dan Puisi KLWBC, Pasar Buku KLWBC dan acara bulanan Korporat dan Rakyat Membaca.
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain. Zainal Rashid Ahmad juga pernah memenangi 38 hadiah sastera.
** ** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Sun Jan 26 2020
Energi Kuala Lumpur dalam membudayakan buku dan baca memang ada pesona luar biasa. - Gambar fail
30,000 penduduk Los Angeles dipindahkan
Sebanyak 30,000 penduduk di kawasan mewah Los Angeles dipindahkan susulan kebakaran hutan yang semakin marak melanda bandar itu.
Chatgpt digunakan dalam letupan Tesla Cybertruck - Polis
Sherif Kevin McMahill dalam satu sidang media berkata, suspek, Matthew Livelsberger, 37, dari Colorado menggunakan chatbot kecerdasan buatan generatif itu untuk mengumpul maklumat bagi rancangannya.
Buruan paling dikehendaki di Chile ditahan
Buruan paling dikehendaki di Chile ditahan oleh pihak berkuasa Bolivia pada Isnin.
Batu Puteh: RCI adalah hal dalaman Malaysia - Menteri Luar Singapura
Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura mengenai Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (MSJTC), kekal menjadi platform penting untuk kedua-dua negara membincangkan isu berlarutan secara konstruktif.
Jasad Jimmy Carter tiba di Washington
Jasad bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter, tiba di Washington pada Selasa.
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
Isu dakwaan buli RMC sedang ditangani pihak berkuasa - OPA
Setiausaha Persatuan Bekas Putera (OPA), Khairul Ridzwan Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah terlibat secara aktif dengan Komandan Maktab Tentera Diraja (Komandan MTD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak berkepentingan bagi memahami sepenuhnya situasi tersebut.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena semalam.
Malaysia umum insentif cukai untuk JS-SEZ
Pelabur di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menikmati pelbagai insentif, termasuk kadar cukai korporat khas 5%, bermula 1 Januari 2025.
Insentif ini ditawarkan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan tertentu, seperti rantaian bekalan kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum, peranti perubatan, pembuatan aeroangkasa, dan hab perkhidmatan global.
Insentif ini ditawarkan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan tertentu, seperti rantaian bekalan kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum, peranti perubatan, pembuatan aeroangkasa, dan hab perkhidmatan global.
UNESCO isytihar Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020
Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila Kuala Lumpur diiktirafkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Datuk Bandar KL & KP UNESCO meriahkan KLWBC2020
Sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke-20, Kuala Lumpur akan main peranan kebangkitan semula semangat dunia melalui pembacaan dan perbukuan.
Ramli Sarip & 'Surat Cinta Kuala Lumpur' meriahkan KLWBC 2020
Kuala Lumpur secara rasmi akan menjadi Ibu Kota Buku Dunia ke 20 hingga 22 April 2021.
70 acara sempena Minggu Festival KLWBC 2020
Persediaan menuju tarikh pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020 memasuki fasa persediaan akhir.
Meluaskan parameter KLWBC 2020 demi masa depan perbukuan
Keraian KLWBC 2020 sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke 20 akan bermula dengan Festival Pengisytiharan pada 18 hingga 23 April 2020.
Festival filem sebagai 'flagship' KLWBC 2020
KLWBC 2020 bukan setakat acara riang-ria 365 hari. Ia ladang menuju DMK 2021-2030.
KLWBC 2020: Vokalis King Rangers Ikon Membaca KLWBC 2020
Pak Samad melahirkan banyak karya hebat dalam genre novel, puisi dan drama pentas. Profilnya sebagai sasterawan terlalu panjang kalau mahu dihuraikan.
KLWBC 2020: Jom jadi si gila buku!
Politik tidak mungkin menyatukan kita. Namun, menjadikan KLWBC 2020 sebagai penanda simbolik penyatuan sikap terhadap buku dan ilmu bukanlah hal mustahil.
KLWBC jadikan buku sebagai gaya hidup 2020
23 April ini Kuala Lumpur akan menyertai senarai 20 Ibu Kota Buku Dunia.