KERAIAN KLWBC 2020 sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke 20 akan bermula dengan Festival Pengisytiharan pada 18 hingga 23 April 2020.
Selepas itu selama 365 hari hingga 22 April 2021, KLWBC 2020 akan dipenuhi lebih 300 acara mengenai perbukuan dan pembacaan.
Asasnya mudah. Semua acara diadakan bagi memenuhi semangat dan syarat WBC yang ditetap Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Warisan PBB (Unesco).
Semangat WBC berteraskan empat perkara utama.
Pertama pengukuhan akses membaca di kalangan masyarakat.
Kedua menyegar dan menyemarakkan industri perbukuan.
Ketiga menyediakan model pendigitalan budaya buku dan pembacaan di platform atas talian.
Keempat memperkasa proses pembacaan di kalangan kanak-kanak.
Ini asas dan syarat Unesco yang sangat kuat dalam pembudayaan WBC. Sudah tentu semangat yang sama akan dilaksanakan pada KLWBC 2020.
Empat asas ini antara begitu banyak perkara yang akan dilaksanakan oleh Kuala Lumpur.
Ia sejajar dengan iltizam memenuhi janji dan senarai kerangka kerja yang dibentang ketika pembidaan Kuala Lumpur untuk mendapatkan hak tuan rumah ke-20.
Selain memenuhi syarat-syarat Unesco, KLWBC 2020 juga menyediakan jajaran meluas dalam memastikan acara 365 hari ini turut meninggalkan impak jangka panjang pada industri perbukuan dan budaya membaca.
Ia selaras dengan status Ibu Kota Buku Dunia ke 20 yang akan dipegang Kuala Lumpur sepanjang hayat.
Justeru, apa refleksi KLWBC 2020 dalam memastikan masa depan dalam menyemarakkan industri perbukuan dan budaya membaca dapat dilaksanakan melangkaui jangka hayat 365 harinya?
Menyediakan acara yang berdaya hayat jangka panjang
Laporan Unesco pada Februari 2018 menyebut 31 peratus isi rumah Kuala Lumpur tidak memiliki akses walaupun sebuah buku.
Ia sinonim dengan laporan Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef) yang melaporkan pada tarikh yang sama, 30 peratus kanak-kanak miskin bandar tidak memiliki akses makanan mencukupi.
Cabaran KLWBC 2020 turut memiliki tanggungjawab sosial melangkaui parameter biasa.
KLWBC 2020 harus melihat masalah ketiadaan akses buku 31 peratus isi rumah miskin bandar sebagai keutamaan.
Meluaskan akses buku ialah syarat utama Unesco pada setiap hos WBC.
Selain isu akses buku, parameter KLWBC 2020 harus diperluas ke arah menangani masalah industri penerbitan buku.
Bukan rahsia - industri buku kini tenat!
Apakah pelaburan masa depan terpenting dalam perbukuan?
Tentunya menangani isu kelembapan penjualan buku akibat persekitaran ekonomi dan daya beli yang menurun.
KLWBC 2020 juga perlu menangani ketidaktentuan strategi perbukuan nasional. Ketika timbul kekeliruan sama ada mempertahankan bisnes fizikal yang konservatif atau meneroka jalan pelaburan besar-besaran di platform digital.
Industri perbukuan berada di simpang jalan yang kritikal. Walaupun secara asasnya, penerbit dan pembaca masih melihat kewujudan buku fizikal masih kekal relevan.
Namun, pandangan itu tidak disokong oleh angka perolehan jualan. Pasaran buku terus mengalami kemeruduman jualan per judul.
Jumlah penerbitan judul pemerbitan juga merosot. Angka pendapatan total industri buku masih didominasi oleh bisnes buku teks sekolah.
Apakah daya beli akan meningkat? Jawabnya tidak.
Apakah promosi besar-besaran akan membantu memulihkan pasaran.
Jawabnya tidak.
Krisis daya beli disumbangkan oleh kemuncupan ekonomi domestik sejak lima tahun lalu.
Dalam persekitaran ekonomi dunia yang sudah sedekad berada pada paras pertumbuhan sekitar 3 peratus, impaknya turut membahang terhadap pertumbuhan mapan ekonomi Malaysia.
Kita tidak dapat lari dari impak ini. Pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus akan berkekalan sekitar lima tahun lagi. Ini tidak mampu mengubah landskap kemunduran pasaran dalam industri perbukuan .
Kesan keperlahanan pertumbuhan ekonomi serta tekanan kos sara hidup akan kekal menjejaskan daya beli rakyat. Buku antara mangsa utama.
Daya beli rakyat akan kekal berfokus pada empat keperluan asas utama kehidupan; kos kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.
Buku tidak akan berjaya menempatkan diri dalam senarai daya beli. Ini realiti yang mesti diakui.
Ketika poket rakyat menipis dan terhad, buku bukan pilihan.
Peminat tegar akan terus menyediakan bajet buku. Namun, jumlah pecinta setia masih terhad. Ia tidak mampu memacu kuasa beli yang dapat menyelamatkan krisis industri buku.
Semua realiti ini terzahir sejak lima tahun mutakhir ini dengan kemerosotan penerbitan judul dan mengecilnya jumlah cetakan per judul.
Lima tahun yang mendatang akan kekal perit dan mampu boleh menyengetkan industri buku ke paras "lingkup" sekiranya tiada usaha bijak dilaksanakan segera atas platform KLWBC 2020.
Beralih arah ke kolaborasi CSR
Kerajaan tidak mungkin mampu mendanai industri buku secara subsidi mahu pun token.
Apa lagi dengan krisis pendapatan negara yang menyusut akibat persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
Malah, aliran perdagangan tidak berada pada laras yang baik bagi hasil komiditi terutama terutama flip flop harga petroleum, minyak sawit dan getah.
Sementara kos pembangunan teras bagi insfrastruktur dan kebajikan rakyat terus menekan fokus kerajaan.
Bajet diutamakan bagi menyerap beban kos sara hidup dan dijangka fokus akan terarah pada beban konsesi tol, subsidi minyak dan bantuan sara hidup kepada golongan B40.
Kesan Covid-19 menembah buruk kemelut ekonomi 2020 dan dijangka memakan masa yang panjang untuk ekonomi dunia kembali stabil.
Pakej rangsangan ekonomi bagi menangani kesan jangka pendek dan sederhana akibat wabak ini akan meminggirkan lagi peruntukan pada perbukuan.
Jadi di mana industri buku perlu mendapatkan rakan kolaborasi yang relevan?
Paling tidak bagi mengisi keperluan dana menjayakan Dekad Membaca Kebangsaan DMK 2021-2030. Tanpa pelan khasn DMK akan sekadar kempen tanpa motivasi serius bagi mencapai matlamat mengubah landskap budaya membava di negara ini.
Dalam analisis saya, model kerja yang relevan ialah beralih ke dana tanggungjawab korporat (CSR).
Sekiranya Malaysia mahu mengharung DMK secara serius, rakan strategik yang relevan ialah sektor CSR.
Model ini perlu dirintis secara serius. KLWBC 2020 wajar diluaskan parameternya sebagai platform yang tidak saja meraikan pengsiytiharan Ibu Kota Dunia.
Ia wajar dilihat sebagai permulaan membina cetak biru DMK 2021-2030.
Syaratnya, kempen kolaborasi CSR mesti tersusun dan terarah. Bukan tangkap muat atau ala kadar.
Kolaborasi mesti dalam bentuk "menang menang" dan memiliki model cetak biru dengan yang mampu merealisasikan proses menjadikan industri buku mampu bermandiri selepas sedekad bekerjasama dengan dana CSR.
KLWBC 2020 dan DMK perlu direkakasa sebagai tempoh membina pembaca. Sekaligus membentuk gaya hidup yang menjamin permintaan terhadap buku kekal tinggi selepas sedekad.
Apa salahnya parameter KLWBC 2020 diperluaskan selain melaksanakan aspirasi 365 hari sambutannya. Ia wajar dijadikan teras ke arah merealisasikan cetak biru menuju 3650 hari pelaksanaan DMK.
Mengapa tidak?
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain. Zainal Rashid Ahmad juga pernah memenangi 38 hadiah sastera.
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Fri Feb 28 2020
Laporan Unesco pada Februari 2018 menyebut 31 peratus isi rumah Kuala Lumpur tidak memiliki akses walaupun sebuah buku. - Gambar fail
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Meluaskan parameter KLWBC 2020 demi masa depan perbukuan
Keraian KLWBC 2020 sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke 20 akan bermula dengan Festival Pengisytiharan pada 18 hingga 23 April 2020.