KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) melancarkan platform MYStartup sebagai Ekosistem Startup Tetingkap Tunggal bagi ekosistem syarikat pemula di Malaysia.
Platform berkenaan dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan akan berfungsi sebagai platform sehenti yang menghubungkan semua pihak berkepentingan dalam ekosistem ‘startup’ di negara ini.
Menurut menterinya, Chang Lih Kang, inisiatif berkenaan antara usaha mencapai ekosistem matang dan berkembang menjelang 2025, dengan 5,000 rantaian syarikat pemula yang berjaya.
“MYStartup bertujuan untuk menyatukan pengasas, pelabur, bakat teknologi, agensi kerajaan, dan pemain ekosistem sambil menawarkan data, pandangan, dan sumber yang komprehensif bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan, pilihan pembiayaan, dan mengakses perkhidmatan sokongan dalam ekosistem pemula Malaysia,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berucap pada hari kedua KL20 2024 dan majlis perasmian MYStartup di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Lih Kang menambah ekosistem syarikat pemula akan terus berkembang dengan hampir 4,000 ‘startup’ yang merupakan nadi inovasi dengan penilaian keseluruhan melebihi AS$5 bilion, sehingga kini.
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi seperti:
a) Pencerahan dan sumber maklumat mengenai permulaan dan perkembangan startup.
b) Pangkalan data menyeluruh tentang semua startup di Malaysia dan firma modal teroka, mengandungi maklumat penting tentang pembiayaan, butiran perniagaan dan status pengumpulan dana aktif yang dikemaskini secara berkala.
c) MYStartup AI: pertanyaan berkaitan ekosistem startup Malaysia. Ciri-ciri baharu ini membolehkan proses lancar dan teratur yang memantapkan kecekapan dan keberkesanan serta mengurangkan birokrasi.
Sidang Kemuncak KL20 2024, yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi, bakal merangsang semula kedudukan Malaysia sebagai hab terkemuka untuk pemula dan pemodal teroka, serta mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab pemula terbaik global menjelang 2030.
Lebih 3,000 peserta terdiri daripada pelabur antarabangsa dan syarikat-syarikat pemula niaga dijangka menghadiri acara tersebut.
Hasimi Muhamad
Tue Apr 23 2024

Lih Kang ketika berucap pada hari kedua KL20 2024 dan majlis perasmian MYStartup di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KL20 2024: MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
Platform berkenaan dikuasakan oleh AI dan akan berfungsi sebagai platform sehenti yang menghubungkan semua pihak berkepentingan.

KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.

Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.