KUALA LUMPUR: Aduan kerosakan jalan raya yang diterima Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi aplikasi MYJalan sejak ia dilancarkan Ogos lalu selari dengan kempen MYJalan, meningkat 10 kali ganda berbanding sebelum ini.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia merupakan satu perkembangan yang baik dan menjadi bukti keprihatinan rakyat serta usaha proaktif kerajaan dalam memastikan infrastruktur jalan di negara ini dalam keadaan baik dan selamat.
Beliau berkata pengalaman Malaysia berhubung keselamatan dan penyelenggaraan jalan raya itu antara yang dikongsi pada Kongres Jalan Sedunia ke-27, anjuran Persatuan Tetap Kongres Jalan Antarabangsa (PIARC) berlangsung di Prague, Republik Czech sejak semalam sehingga 6 Okt ini.
"Dalam ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Presiden PIARC Nazir Alli di kongres ini, beliau menegaskan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan ini tentunya selari dengan semangat yang diangkat di dalam kempen MYJalan.
"Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan menggalakkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, pemain industri dan agensi kerajaan bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kempen ini juga, katanya selaras dengan strategi Wawasan Sifar (Vision Zero) yang diperkenalkan Sweden dan diimplementasikan oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia serta Kesatuan Eropah (EU) sejak 2019 untuk memastikan generasi akan datang mempunyai pemikiran bahawa 'kemalangan boleh dicegah dan setiap kematian dalam kemalangan tidak boleh diterima'.
"Kempen ini juga bertindak sebagai usaha kolektif dan platform advokasi dalam mendidik pengguna jalan raya mengenai penyelenggaraan jalan.
"Aktiviti penyelenggaraan jalan adalah penting untuk mengawal kadar kerosakan dan memastikan perkhidmatan jalan berada pada tahap terbaik, seterusnya menjamin keselesaan dan keselamatan semua pihak," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, KKR akan berusaha menambah baik saluran aduan pengguna menerusi aplikasi MYJalan sebagai sistem pemantauan penyelenggaraan jalan sekali gus mengatasi isu kritikal yang sering dihadapi pengguna, terutama jalan rosak atau berlubang.
Dalam persidangan yang sama, Nanta turut berkongsi tentang beberapa perkara termasuk komitmen Malaysia untuk mengimplementasikan Pelan Global Dekad Tindakan untuk Keselamatan Jalan Raya 2021-2030.
Turut diketengahkan ialah inisiatif Pusat Penyelidikan Pengangkutan di Universiti Malaya yang telah memperkenalkan program sarjana baharu melalui kerja kursus, Sarjana Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya yang dilihat relevan dengan keperluan semasa negara dalam menangani isu keselamatan jalan raya.
Bertemakan 'Together On The Road Again', Kongres Jalan Sedunia ke-27 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Czech Republic Petr Fiala dan Presiden Senat Czech Milos Vystrcil, disertai lebih 22 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Beliau berkata pengalaman Malaysia berhubung keselamatan dan penyelenggaraan jalan raya itu antara yang dikongsi pada Kongres Jalan Sedunia ke-27. - Gambar fail/Astro AWANI
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT, KKR dalam proses akhir bangunkan sistem HS-WiM
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang dalam proses akhir membangunkan sistem 'High Speed Weigh-In-Motion' (HS-WiM).
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Dasar cerun negara baharu sedang dirangka - Nanta
Kementerian Kerja Raya sedang merangka dasar cerun negara baharu bagi menggantikan dasar sebelum ini yang telah tamat tahun lepas.
[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan
Jangan pandang mudah lubang jalan yang mungkin hanya sebesar tapak tangan, kesannya boleh meragut nyawa.
[KOLUMNIS] MYJalan: Ayuh bersama 'cipta' jalan raya yang lebih selamat
Sebanyak 17,157 jumlah aduan diterima sejak permulaan kempen MYJalan pada 1 Ogos 2023 hingga 29 Julai 2024.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1A capai 77.41 peratus siap - Nanta
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A kini mencapai tahap 77.41 peratus dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada 2026, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025
Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dijangka dapat beroperasi sepenuhnya lebih awal iaitu pada April tahun depan.
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) membangunkan Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (NCIP) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatannya.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.