PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksanakan pemberian dua jenis vaksin COVID-19 kepada seorang penerima berikutan tiada data kukuh mengenai kaedah itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga tidak menerima sebarang data, laporan atau bukti daripada syarikat pembuat vaksin mengenai kaedah campuran vaksin yang berjaya mengawal jangkitan COVID-19.
"Kita masih memerhatikan keadaan ini (campuran vaksin) kalau ada keperluan untuk melaksanakannya. Buat masa ini, tiada keperluan lagi.
"Terutama kalau campur vaksin barat dan timur contoh seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, tiada bukti lagi ia berjaya, " katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Beliau berkata KKM tidak boleh mengesyorkan kaedah itu jika tiada bukti kerana perlu memastikan pemberian vaksin yang selamat kepada orang ramai.
"Jika ada kajian baharu, kita boleh nasihatkan sama ada boleh campur vaksin atau tidak," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Thailand bakal memberikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca sebagai suntikan dos kedua kepada individu yang menerima Sinovac sebagai dos pertama, yang merupakan sebahagian daripada strategi imunisasi negara itu.
Dr Noor Hisham juga berkata kadar vaksinasi negara perlu ditingkatkan sehingga ke tahap 40 peratus bagi mengurangkan atau melandaikan kes baharu jangkitan COVID-19.
Beliau berkata ia perlu dilaksanakan segera kerana pada masa ini, Malaysia berada dalam tempoh kritikal susulan jangkitan kes yang meningkat kepada lima angka.
Katanya kadar vaksinasi yang tinggi juga mampu mengelakkan jumlah kematian tinggi seperti di United Kingdom iaitu satu kematian bagi setiap 50 orang pada Januari ketika penduduknya tidak divaksinasi.
"Setelah divaksinasi, angka kematian adalah satu bagi setiap 1,000 orang dan ada juga penurunan kemasukan ke hospital.
"Penting bagi kita mendapatkan vaksin sekarang bagi mengurangkan kemasukan ke hospital dan ICU (Unit Rawatan Rapi)," katanya sambil menambah setakat ini, kadar vaksinasi negara ialah 11.3 peratus.
BACA: Dos pertama AstraZeneca, dos kedua juga sama, tiada campuran vaksin - Khairy
Dr Noor Hisham berkata pemberian vaksin juga terbukti dapat mengurangkan kesan teruk dijangkiti COVID-19.
Beliau berkata selepas enam minggu pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa dua iaitu melibatkan warga emas, komorbid dan orang kurang upaya, didapati kemasukan ke wad bagi pesakit 60 tahun dan ke atas semakin berkurangan.
"Sebaliknya, peningkatan kita lihat pada usia muda dan mereka yang belum divaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021

KKM tidak bercadang untuk melaksanakan pemberian dua jenis vaksin COVID-19 kepada seorang penerima berikutan tiada data kukuh mengenai kaedah itu. - Gambar hiasan/REUTERS

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.