KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan empat pusat kecantikan di tiga negeri menggunakan peralatan perubatan serta ubat-ubatan disyaki untuk rawatan estetik yang hanya boleh digunakan pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penguatkuasaan bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu dilakukan ke atas dua premis di Kuala Lumpur dan masing-masing sebuah premis di Selangor dan Pulau Pinang, semalam.
"KKM melalui Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan bertindak melalui maklumat disalurkan imigresen berkenaan perkara tersebut setelah mendapati perkhidmatan rawatan estetik disediakan melibatkan penggunaan peralatan-peralatan perubatan dan ubat-ubatan berjadual.
"Siasatan awal KKM mendapati premis tersebut menyediakan rawatan estetik yang hanya boleh disediakan di fasiliti kesihatan berdaftar atau berlesen dengan KKM. Peralatan pergigian yang disyaki digunakan untuk tujuan rawatan turut ditemui di premis-premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi penguatkuasaan itu turut disertai CKAPS Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya (CKAPS KL), CKAPS Selangor, CKAPS Pulau Pinang dan CKAPS Negeri Sembilan.
"Kes disiasat di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] kerana disyaki menyediakan sebuah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) yang tidak berdaftar atau berlesen selaras dengan ketetapan Seksyen 3 dan/atau Seksyen 4, Akta 586 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 5, akta sama.
"Mana-mana orang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen ini, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Sementara bagi suatu kesalahan dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan boleh didenda sehingga RM500,000," katanya.
Dr Noor Hisham berkata orang awam yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan estetik dinasihatkan mendapatkan rawatan di KPJKS yang berdaftar atau berlesen bawah Akta 586 melalui khidmat pengamal perubatan yang mempunyai "Letter of Credentialing and Privileging (LCP)" bagi memastikan perkhidmatan jagaan kesihatan diterima selamat dan berkualiti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
![KKM serbu 4 pusat kecantikan tidak berdaftar jalankan rawatan estetik KKM serbu 4 pusat kecantikan tidak berdaftar jalankan rawatan estetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645542229_TanSriDrNoorHish.jpg)
Dr Noor Hisham berkata penguatkuasaan bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu dilakukan ke atas dua premis di Kuala Lumpur dan masing-masing sebuah premis di Selangor dan Pulau Pinang, semalam. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672733062_TBDead.jpg)
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.
![Malaysia lancar perpustakaan digital kesihatan pertama berkaitan kanser Malaysia lancar perpustakaan digital kesihatan pertama berkaitan kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701378484_Lukanisman.jpg)
Malaysia lancar perpustakaan digital kesihatan pertama berkaitan kanser
Perpustakaan itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser.
![KKM bongkar klinik gigi haram di Melaka KKM bongkar klinik gigi haram di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666236692_TBKKMgigi.jpg)
KKM bongkar klinik gigi haram di Melaka
Wanita itu mengaku memberikan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajari selama 7 hari di China.
![KKM serbu 4 pusat kecantikan tidak berdaftar jalankan rawatan estetik KKM serbu 4 pusat kecantikan tidak berdaftar jalankan rawatan estetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645542229_TanSriDrNoorHish.jpg)
KKM serbu 4 pusat kecantikan tidak berdaftar jalankan rawatan estetik
Operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu dilakukan ke atas dua premis di Kuala Lumpur dan masing-masing sebuah premis di Selangor dan Pulau Pinang, semalam.
![Nora Danish kembali berlakon drama selepas Aidilfitri Nora Danish kembali berlakon drama selepas Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490756737_NoraNedim.jpg)
Nora Danish kembali berlakon drama selepas Aidilfitri
Nora berkata beliau sudah lama tidak membuat kemunculan dalam kaca televisyen sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminatnya.
![Pusat kecantikan tawar suntikan Botox diserbu Pusat kecantikan tawar suntikan Botox diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520769162_Pusatkecantikan.jpg)
Pusat kecantikan tawar suntikan Botox diserbu
Pusat tersebut mengenakan caj bermula dari RM500 hingga RM1,000 untuk sekali rawatan.
![Kes pembunuhan pekerja pusat kecantikan: Suami mangsa ditahan Kes pembunuhan pekerja pusat kecantikan: Suami mangsa ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365676709_120x90.jpg)
Kes pembunuhan pekerja pusat kecantikan: Suami mangsa ditahan
Seorang lelaki warga India ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang pekerja pusat kecantikan malam tadi.