SLEMAN: Seorang wanita berusia 27 tahun meninggal dunia selepas dipercayai menjalani suntikan membesarkan payudara yang didakwa dilakukan pakar kecantikan tidak bertauliah di sebuah pusat kecantikan di kawasan Tambakbayan, Depok, Indonesia.
Menurut laporan media tempatan, kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu itu bermula apabila wanita tersebut telah membuat janji temu dengan pemilik pusat kecantikan berkenaan bagi menjalani perawatan.
Setibanya di sana, mangsa dilayan oleh seorang pekerja wanita yang kemudiannya telah menyuntik ‘filler’ ke payudara mangsa.
Tidak lama kemudian, mangsa mengalami pening, muntah dan menggigil kesan daripada suntikan berkenaan.
Panik dengan apa yang berlaku, isteri kepada pemilik pusat kecantikan itu membawa mangsa ke hospital.
Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.
Susulan itu, keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman undang-undang.
"Tertuduh merupakan pemilik pusat kecantikan dan seorang pekerja.
"Kedua-dua tertuduh disiasat di bawah peruntukan Undang-Undang Fasal 197 atau Fasal 198 Jo 106 Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 36, Tahun 2009, terkait amalan kefarmasian yang tidak memiliki keahlian," kata Ketua Polis Daerah Depok Barat, Kompol Tri Hartanto. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed May 29 2024

Mangsa mengalami pening, muntah dan menggigil kesan daripada suntikan berkenaan dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital. - Gambar hiasan

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.