PUTRAJAYA:Walaupun usaha menangani gelombang ketiga COVID-19 lebih mencabar berbanding gelombang pertama sebelum ini yang bermula Mac lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) kini lebih bersedia dalam menangani wabak itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata oleh itu, dakwaan yang wabak COVID-19 di Sabah bertambah buruk selain berlaku pelbagai kekurangan termasuk katil di hospital dan peralatan perlindungan diri (PPE) adalah tidak benar.
Selain mobilisasi petugas dan peralatan yang telah digerakkan awal, kerajaan juga meluluskan perolehan kecemasan RM25 juta iaitu RM18 juta untuk PPE dan RM7 juta untuk diagihkan kepada hospital dan pejabat kesihatan daerah.
Beliau berkata di Sabah terdapat sembilan Hospital COVID-19 dan 28 Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah (PKRC) dengan sejumlah 8,539 katil disediakan dan pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan stok PPE di Sabah untuk memastikan bekalan tidak terputus.
"Sebanyak 149 katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) disediakan dengan penggunaan setakat ini sebanyak 60 peratus dan alat bantuan pernafasan adalah sebanyak 193 unit dengan penggunaan sebanyak 27 peratus," katanya menjawab soalan wartawan semasa sidang media harian COVID-19 di sini, pada Isnin.
"Banyak lagi kapasiti kami...jadi tidak betul dakwaan itu. Mereka yang menyatakan sistem kesihatan tidak mencukupi mungkin dia tidak turun padang untuk melihat," katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata 7.7 peratus jangkitan adalah di dalam penjara namun penularan itu dapat dikawal dan KKM akan meningkatkan aktiviti kawalan di penjara, depot tahanan imigresen dan depoh tahanan sementara di Sabah.
Malah sebelum pilihan raya negeri baru-baru ini, KKM bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan kawalan sempadan dan sekatan jalan raya bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.
"Persediaan lain juga dilakukan lebih awal tetapi dari itu tetapi ia tidak diumumkan dari segi mobilisasi kakitangan hospital, peralatan dan lain-lain ke hospital terlibat," katanya.
Bernama
Mon Nov 02 2020
Dr Noor Hisham tepis dakwaan yang wabak COVID-19 di Sabah bertambah buruk. - Bernama
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.