Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 kepada 700 kakitangan dan 800 banduan di Penjara Sungai Buloh selepas seorang banduan disahkan positif virus berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, banduan yang bukan warganegara Malaysia itu telah diasingkan dan dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih.
“Kita sekarang melihat kepada kontak rapat banduan tersebut dan kita akan saring mereka. Kita dah pindahkan tahanan itu ke depoh tahanan di Semenyih.
“PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) Gombak akan saring kontak rapat banduan itu. Bukan sahaja kontak rapat tapi 700 kakitangan dan 800 tahanan di penjara tersebut akan disaring.
“Kalau kita ada kesan satu kes positif, kita akan terus laksanakan pengesanan kes secara aktif (ACD) kepada mereka yang terdedah kepada banduan tersebut termasuk kakitangan. Saringan sedang giat dijalankan setakat ini,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Tambah beliau, banduan itu berada di penjara tersebut sejak 2016 dan pernah keluar pada 13 Mac 2020 sebelum disahkan positif COVID-19.
Ridauddin Daud
Mon Jun 01 2020

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, banduan yang bukan warganegara Malaysia itu telah diasingkan dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih. - Bernama

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Ingin sambut Aidilfitri, 6 tahanan panjat pagar lari dari depoh tahanan
Keinginan menyambut Aidilfitri di luar dipercayai menjadi punca enam tahanan Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal, di sini, nekad melarikan diri, pagi tadi.

Tahanan di DTI merusuh tidak dapat balik raya
Sekumpulan tahanan Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal dilaporkan merusuh gara-gara tidak berpuas hati tidak dibenarkan balik raya.

COVID-19: KDN sentiasa pastikan pematuhan SOP dalam pengurusan banduan
Pematuhan SOP dilakukan berdasarkan arahan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan sanitasi diri.

COVID-19: 8 kes import, dua penularan dalam negara - Dr Noor Hisham
Sebanyak 10 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat melibatkan lapan kes import dan dua kes penularan dalam negara.

Hikmah COVID-19, negara bakal saksi perubahan besar dasar pengambilan pekerja asing
Negara bakal menyaksikan perubahan besar dalam dasar pengambilan pekerja asing dan kawalan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pascapandemik COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) D

KKM akan saring 700 kakitangan, 800 banduan Penjara Sungai Buloh
KKM akan melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 kepada 700 kakitangan dan 800 banduan di Penjara Sungai Buloh selepas seorang banduan disahkan positif virus berkenaan.