Negara bakal menyaksikan perubahan besar dalam dasar pengambilan pekerja asing dan kawalan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pasca-pandemik COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Memperincikan perkara itu, beliau berkata telah tiba masanya dasar itu disemak semula susulan warga asing yang dilihat sebagai antara kumpulan yang menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negara ini serta beberapa negara lain termasuk Singapura.
"Mungkin disebabkan COVID-19 ini, akan ada perubahan besar dari segi dasar pengambilan pekerja asing dan satu lagi menyekat kedatangan warga asing secara haram. Itulah perkara besar yang akan berlaku daripada COVID-19 ini," katanya dalam temu bual untuk dokumentari mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbitan Bernama TV di sini.
Menjelas lebih lanjut, katanya, ekonomi termasuk sektor pelancongan dilihat sangat terkesan dengan penularan COVID-19, menyaksikan banyak hotel dan kilang bakal ditutup serta pembuangan pekerja berlaku sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran meningkat.
Sambil menyatakan pemulihan ekonomi pasca-COVID-19 mungkin agak perlahan, beliau berkata dasar kerajaan pasti akan mengutamakan rakyat tempatan untuk bekerja dalam negara berbanding warga asing.
Sebagai menteri yang diamanahkan mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri mengenai PKP sepanjang COVID-19 'membadai' negara serta menyampaikan perkembangannya setiap hari kepada rakyat, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincangkan dengan kementerian berkaitan bagi melihat semula dasar pengurangan bilangan pekerja asing di negara ini.
Selain perubahan dasar berkenaan, turut diberi perhatian adalah isu kemasukan PATI ke negara ini yang tidak pernah berkesudahan.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, selepas COVID-19 melanda, satu pasukan khas bersepadu yang dianggotai oleh pelbagai agensi berkaitan ditubuhkan bagi memperkasa pengawalan sempadan negara termasuk di lorong-lorong tikus.
"Special task force bersepadu yang dipengerusikan oleh Panglima Angkatan Tentera ini dianggotai oleh agensi penguatkusaaan seperti ATM, PDRM, APMM dan beberapa lagi agensi, telah kita tubuhkan semasa COVID-19 untuk digemblengkan bukan sahaja dari segi anggota bahkan aset-aset yang ada bagi memastikan PATI yang lolos pulang ke negara asal tidak akan lagi dapat masuk semula ke negara ini," katanya.
Tegasnya, penguatkuasaan ini akan terus diperkasa walaupun selepas pandemik COVID-19 pulih bagi memastikan negara terus bebas daripada sebarang ulangan kes jangkitan import pada masa depan serta menyelesaikan isu-isu lain berhubung PATI.
Negara berdepan cabaran baharu dalam memerangi penularan COVID-19 apabila graf kes harian sebenar merangkumi semua kes COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara, melibatkan kes positif dalam kalangan bukan warganegara sejak 29 April lepas.
Ia disebabkan kes import dari luar negara serta penularan wabak dalam kalangan bukan warganegara di beberapa Depoh Tahanan Imigresen dan juga dalam kalangan pekerja asing di pelbagai sektor dalam komuniti.
Semalam, daripada 93 kes baharu yang dilaporkan, 91 kes melibatkan warga asing di depoh tahanan imigresen, manakala hanya dua sahaja melibatkan warga tempatan.
Bernama
Thu Jun 04 2020

ISMAIL SABRI: Satu pasukan khas bersepadu yang dianggotai oleh pelbagai agensi berkaitan ditubuhkan bagi memperkasa pengawalan sempadan negara termasuk di lorong-lorong tikus. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.