SEREMBAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
KKDW dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara bantuan berkenaan ialah Bantuan Keseluruhan Program Pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Peringkat Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Jun ini berjumlah RM12.3 juta kepada 5,729 pekebun kecil.
Selain itu, RM277,000 pula menerusi FELCRA Berhad dengan RM190,000 kepada enam penerima Program Premis Perniagaan manakala Program Agro Pertanian dan Fertigasi kepada 20 penerima sebanyak RM87,000
"KKDW menerusi Bantuan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) turut menyerahkan RM188,000 kepada dua penerima," menurut kenyataan itu.
Bantuan berkenaan diberikan pada program Sentuhan Kasih Desa (SKD) Negeri Sembilan di Dataran Nilai, dekat sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut kenyataan itu, program SKD itu akan diadakan di lima negeri selepas ini iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu sekali gus memberi peluang kepada kerajaan mendengar suara hati rakyat secara dekat serta menawarkan pelbagai inisiatif kementerian kepada rakyat.
Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan KUD@NS Fest yang turut diadakan bermula 22 Jun hingga esok mengetengahkan 12 usahawan desa di Arena Usahawan merangkumi sektor pemakanan, perkhidmatan dan tekstil.
Program berkenaan turut menyediakan ruang kepada usahawan luar bandar dalam memasarkan produk jualan melalui jualan langsung, pemadanan dan rancangan perniagaan selain mempromosikan produk dan perkhidmatan luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023

Bantuan berkenaan diberikan pada program SKD Negeri Sembilan di Dataran Nilai yang dirasmikan Anwar. - Gambar Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata cadangan itu bagi memastikan setiap tindakan yang diambil KKDW benar-benar memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
KKDW gariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini.

RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.

14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.

Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.

Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.