PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited melaksanakan inisiatif menoktahkan kemiskinan tegar di luar bandar pada tahun ini menerusi empat program utama dalam usaha menyokong aspirasi ekonomi MADANI.
Empat program itu ialah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Latihan dan Kemahiran Kerjaya (PLKK), Program Desa Lestari dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata KKDW bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pihak swasta bagi memastikan program-program yang dilaksanakan memberi impak positif kepada peserta terlibat.
"Selain menggunakan kaedah dan teknologi baharu dalam melaksanan program-program yang telah dirancang, kami juga menggunakan kaedah mentor mentee seperti kepakaran syarikat-syarikat tertentu untuk memastikan program-program yang kami buat dapat dilaksanakan," katanya.
Bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang serta Perhimpunan Bulanan kementerian itu di sini hari ini, Rubiah berkata KKDW meletakkan kepentingan kepada peningkatan daya saing ekonomi negara tanpa mengetepikan kehidupan dan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Mengulas mengenai program yang sedang dilaksanakan itu, beliau berkata PPP dengan peruntukan berjumlah RM12 juta, menyasarkan 1,200 peserta program dapat meningkatkan pendapatan sebanyak 30 peratus berbanding pendapatan asal.
PLKK pula dengan peruntukan berjumlah RM10 juta, menyasarkan 1,900 peserta yang tamat latihan akan mendapat pekerjaan atau menjalankan aktiviti ekonomi sendiri, katanya.
Program Desa Lestari pula menyasarkan penglibatan 10 koperasi kampung dengan peruntukan sebanyak RM12.1 juta dan kampung yang dipilih akan berjaya menjana pendapatan serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan selepas setahun pelaksanaan.
"PROSPEK pula yang menyasarkan 700 peserta dengan peruntukan RM23.8 juta bertujuan meningkatkan pendapatan peserta melalui bantuan ekonomi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Rubiah berkata sebanyak 100 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz bermula bulan ini.
Beliau berkata ia merupakan nilai tambah kepada Modul Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) yang memberi penekanan dan tumpuan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian al-Quran
"Sukatan pelajarannya amat penting dalam usaha kita memastikan masyarakat MADANI dapat kita bentuk di peringkat awal lagi sebab ada kriteria ihsan di situ yang mana kita perlu pupuk di peringkat bawah lagi.
"Kita mendedahkan tentang al-Quran dan kalau pelajar dapat menguasai 10 hingga 20 surah, amat memadai dalam persiapan ke tahun satu," katanya dan menambah bahawa 4,000 lagi tabika Kemas disasarkan melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Rubiah berkata KKDW bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pihak swasta bagi memastikan program-program yang dilaksanakan memberi impak positif kepada peserta terlibat. -Gambar fail
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata cadangan itu bagi memastikan setiap tindakan yang diambil KKDW benar-benar memenuhi keperluan dan harapan rakyat.
KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
KKDW gariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini.
RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.
14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.
Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
RISDA cadang tubuh tabung perkasa komuniti pekebun kecil getah
RISDA akan mencadangkan kepada KKDW penubuhan tabung khas bagi memperkasakan kemakmuran lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.