KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 supaya bersesuaian dengan perkembangan semasa bidang perkhidmatan pos dalam negara, kata menterinya Fahmi Fadzil.
"Kita ada lebih kurang lima atau enam akta yang sedang diteliti (untuk dipinda). Terutamanya yang sudah lama tidak dipinda sebagai contoh, Akta Perkhidmatan Pos yang kali terakhir dipinda pada 2012," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Penyiaran Sarawak di sini, pada Jumaat.
Akta Perkhidmatan Pos 2012 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan mengenai perlesenan perkhidmatan pos dan pengawalseliaan industri perkhidmatan pos, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Katanya antara akta yang sedang diteliti untuk dipinda termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Finas 1981 serta Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia.
Sementara itu, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan isu menara tiada perkhidmatan (naked tower) terutama di Sarawak.
"Saya perlu mengadakan pertemuan dengan MCMC dan syarikat telekomunikasi bagi meneliti langkah penyelesaian menyeluruh bagi masalah naked tower.
"Belum ada jangka masa atau rangka masa untuk proses perolehan kerana belum dapat maklum balas (daripada syarikat telekomunikasi) tetapi ia tak akan mengambil masa lama kerana MCMC ada kuasa untuk memberikan arahan tertentu," katanya.
Beliau berkata syarikat telekomunikasi perlu bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk menyelesaikan isu internet serta telekomunikasi bagi kepentingan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
![KKD teliti keperluan pinda Akta Perkhidmatan Pos - Fahmi KKD teliti keperluan pinda Akta Perkhidmatan Pos - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684478496_FahmiFadzil.jpg)
Kata Fahmi, antara akta yang sedang diteliti untuk dipinda termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Finas 1981 serta Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia. - Gambar fail/Bernama
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
![JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703927945_TBFadzliMohamadKa.jpg)
JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.
![Pilihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber Pilihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720024270_DerekJohnFernandez.jpg)
Pilihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber
Fernandez juga berkata integrasi keselamatan siber adalah komponen asas infrastruktur dan bukan hanya perbelanjaan operasi semata-mata.
![MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672368335_generickomputerl.jpg)
MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian
Garis panduan baharu sedang dibangunkan bagi melindungi pengguna Internet selaras usaha Malaysia menuju masa depan digital.
![Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719957920_BanjirSabah.jpg)
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
![Literasi digital: MCMC anjur program etika penggunaan media sosial Literasi digital: MCMC anjur program etika penggunaan media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719929119_TBMCMC.jpg)
Literasi digital: MCMC anjur program etika penggunaan media sosial
Peratusan penggunaan media sosial yang meningkat setiap tahun menuntut pemahaman etika penggunaannya bagi melahirkan pengguna digital yang bertanggungjawab.
![Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917992_TBTeoNieChing.jpg)
Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok di negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kerajaan Malaysia.
![Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial
Mohd Na'im Mokhtar menafikan penglibatan dalam mengajak masyarakat menyertai mana-mana kumpulan di media sosial.
![MCMC sekat lebih 600 laman lucah, pelacuran MCMC sekat lebih 600 laman lucah, pelacuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719211379_TBTEONIECHING.jpg)
MCMC sekat lebih 600 laman lucah, pelacuran
Sebanyak 549 laman lucah dan 69 laman pelacuran telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Muntimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Jan hingga 1 Jun tahun ini.