KUALA LUMPUR: Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menganjurkan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) pada November ini.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, penganjuran itu adalah susulan kepada kejayaan Malaysia meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital semasa misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023 yang berakhir pada Khamis.
Beliau berkata, MDX2023 akan menjadi platform buat pemain industri tempatan mempamerkan perkhidmatan serta produk mereka kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Menerusi catatan di Facebooknya, Fahmi berkata, inisiatif itu akan membolehkan lebih banyak pelaburan dalam sektor ekonomi digital dibawa masuk ke Malaysia, sekali gus memberi lebih banyak ruang kepada pemain industri ekonomi digital tempatan mempamerkan perkhidmatan dan produk masing-masing.
"Melalui inisiatif ini, lebih banyak pelaburan boleh diraih sekali gus melonjakkan lagi sektor ekonomi digital. Buat pemain industri ekonomi digital, jumpa anda di MDX2023!" katanya.
Pada Khamis, Fahmi dilaporkan berkata, MDX2023 yang berlangsung selama seminggu akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, acara pelancaran dan majlis anugerah dengan penampilan penceramah terkenal antarabangsa dan tokoh terkemuka daripada bidang teknologi dan digital.
Menurut Fahmi, MDX2023 juga akan berfungsi sebagai platform kerjasama dan saluran perniagaan bagi pelawat dan pemain industri, domestik dan antarabangsa, untuk menyelami trend digital terkini, kemajuan dan inisiatif yang membentuk ekonomi digital Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) akan berlangsung selama seminggu pada November ini.- Gambar Facebook Fahmi Fadzil
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza - Fahmi
Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi bertemu pelajar, diaspora Malaysia di Turkiye
Menteri Komunikasi yang dalam rangka lawatan kerja ke Turkiye, menghadiri sesi perjumpaan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di negara itu malam tadi.
Kerajaan tidak pernah bincang pengenalan cukai langganan ChatGPT - Fahmi
Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pelesenan media sosial: Kerajaan tidak boleh beri masa tambahan - Fahmi
Kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha menangani jenayah di platform tersebut, termasuk pedofilia dan aktiviti penipuan.
Rancangan pelesenan media sosial Malaysia kurang jelas, ancam inovasi digital - Meta
Meta Platforms mengkritik rancangan Malaysia untuk mewajibkan platform media sosial memohon lesen pengawalseliaan menjelang Januari 2025.
Meta, MCMC teruskan perbincangan pelesenan media sosial perangi jenayah pedofilia - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus memastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian.
Deepavali: Dua veteran media terima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA
Kedua-dua penerima itu ialah bekas wartawan Tamil Malar R. Saraspathy dan bekas pembaca pruf Tamil Nesan S. Batemaly.
RUU Majlis Media akan dibentang pada sidang Parlimen ini - Fahmi
Kelewatan pembentangan RUU berkenaan kerana terdapat permohonan daripada Malaysian Productivity Council (MPC) yang meminta agar ia melalui proses Analisis Impak Peraturan (RIA).
Othman Hafsham Tokoh Anugerah Seri Angkasa 2024
Othman menerima wang tunai RM10,000, trofi, barang kemas bernilai RM30,000 dan kereta Proton S70 atas sumbangan beliau dalam industri.
Akaun 'sexual grooming': Fahmi sahkan MCMC ada terima aduan
Menteri Komunikasi mengesahkan MCMC ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.