KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penganjur konsert Coldplay yang diadakan pada November depan bagi memahami sistem serta proses penjualan tiket mereka.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ini susulan rungutan orang ramai yang sukar mendapatkan tiket akibat 'ulat tiket' yang membeli dengan kuantiti banyak.
Katanya, perjumpaan itu juga akan membincangkan mengenai langkah-langkah boleh diambil penganjur agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.
"Antara perkara yang mungkin akan kita teliti ialah cara tiket itu dibeli sama ada perlu ada sekatan atau pun syarat-syarat tertentu dikenakan kepada penganjur.
"Kita juga sedang teliti peruntukan undang-undang yang ada sekiranya perlu kita ambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.
Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka di Malaysia pada November ini.
Ini merupakan konsert julung kalinya dipersembahkan kumpulan muzik dari Britian itu di Malaysia, yang dijadualkan pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan menara telekomunikasi di Sarawak, beliau berkata pihak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah berjaya membina lebih 600 menara setakat ini.
"Dari jumlah itu, kira-kira separuh yang sudah ada syarikat telco yang mengoperasikan. Kita sedang meneliti dan segera menyelesaikan masalah ini termasuk memanggil syarikat telco,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

KKD akan memanggil penganjur konsert Coldplay yang diadakan pada November depan bagi memahami sistem serta proses penjualan tiket mereka. -Gambar fail/Twitter @livenationmy

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.