Terlalu ‘menadah’ bantuan dan mempunyai sikap malas menjadi punca segelintir masyarakat Melayu gagal mengubah kehidupan mereka.
Menyelar sifat buruk itu, Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam forum bertajuk ‘Cabaran Dan Masa Depan Orang Melayu’ di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau, berkata sikap ini membuatkan mereka sukar untuk keluar dari kepompong kemiskinan.
"Ramai yang marah bila YAB Perdana Menteri sebut (tentang) malas. Tetapi kita tak nafikan ada orang Melayu rajin. Kalau tidak, tak adalah kongres ini, (juga) ramai profesor (Melayu) di universiti.
"Cumanya saya rasa, secara perbandingan, kerajinan itu belum cukup.
Tambah Mohd Asri, beliau tidak memperlekeh Melayu yang miskin, tetapi menegur segelintir mereka, terutama penerima bantuan yang hanya tinggal di rumah, tetapi tidak menjaga persekitaran kawasan kediaman.
Katanya, hingga ada yang ditemui ketika menyertai program Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan bantuan dengan rumah mereka tidak bersapu dan rumput tidak dipotong.
“Beribu-ribu rumah di Perlis ni dibuat oleh MAIPs, bukan beratus… percuma. Diberi sebuah rumah, tapi kadang-kadang nak sapu rumah pun malas.
“Kita melawat sekali lagi pun kotor juga. Keliling rumah tu pun tak buang rumput.
"Raja nak datang rumah pun, dia tak sapu sangat.
“Bila Tuanku panggil ke masjid pada hari Jumaat supaya boleh ambil (bantuan) di masjid dan solat Jumaat, dia wakilkan isteri untuk ambil. Ada juga yang wakilkan anak,” katanya pada forum tersebut.
Tegas Mohd Asri, dalam contoh yang diberikan, sebenarnya orang Melayu 'tidak boleh menafikan tentang kemalasan itu, walaupun kita cuba mengelaknya'.
"Tapi kalau kita tengok anak-anak bangsa lain, khususnya kaum Cina, mereka rajin sebenarnya. Belajar rajin, seni rajin. Mungkin dia bukan rajin kerana dia dirajinkan tetapi dia telah membentuk 'culture' (budaya) di dalam satu masyarakat.
"Orang Cina tidak perlu diajar kepadanya bagaimana hendak berniaga, dia tak perlu pergi 'business studies' sebab perniagaan itu sudah sebahagian dari hidup mereka," katanya lagi.
Forum itu turut disertai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin dan mantan Pengarah Kanan Matrade, Silmi Abdul Rahman.
Mengakhiri perbahasannya, Mohd Asri menasihatkan masyarakat Melayu agar tidak memagari diri mereka sendiri dengan sifat prasangka dan iri hati pada kejayaan orang, sebaliknya berusaha dengan lebih kuat untuk mencipta kejayaan sendiri.
Salim Aziz
Sun Jan 27 2019
DR ASRI: Cumanya saya rasa, secara perbandingan, kerajinan itu belum cukup. - Gambar fail/BERNAMA
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media Ogos lepas. Dalam pernyataan t
RUU Mufti WP: Jika Menteri Agama benar, buktikan beliau faham sebelum paksa rakyat – Dr MAZA
Mufti Perlis, Dr MAZA mengkritik keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.
Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Isu dos penggalak vaksin COVID-19, jangan 'pukul rata' - MB Perak
Rakyat dinasihatkan mengikut saranan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pengambilan dos vaksin itu.
Biarlah dia menyumbang, tiada isu pun bukan Muslim bayar zakat - Dr Maza
Ada komen netizen yang menganggap perbuatan itu sia-sia dan tidak perlu memandangkan zakat adalah untuk orang Islam dan orang bukan Islam tidak seharusnya turut terlibat.
[EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza
Bagi Dr. Mohd Asri kiraanya sudah jelas untuk hukum hakam agama Allah ini dalam menentukan daerah keimanan mereka berdasarkan apa yang telah dilakukan.
Kes COVID-19 meningkat, Dr Maza tegur pemimpin kerajaan
Katanya ketika PRN Sabah baru-baru ini, perlukah semua menteri dan pemimpin politik untuk turut berada di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk berkempen.
Mufti Perlis sokong Muhyiddin sebagai PM kerana sah dari segi Perlembagaan
Mohd Asri berkata siapa sahaja yang menyokong kerajaan sekarang tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini.