Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion merupakan langkah pencegahan jangka pendek untuk mengelak permintaan domestik merosot, antara penyumbang utama kepada kesejahteraan dan pertumbuhan ekonomi negara, kata ahli ekonomi.
Ahli Ekonomi Bank Muamalat Izuan Ahmad berkata penggunaan swasta akan ditingkatkan daripada bantuan kewangan seterusnya kepada kumpulan B40 dan M40 (isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dan 40 peratus pertengahan), berikutan tempoh yang mencabar ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Kita Prihatin, terdiri daripada Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) berjumlah RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) dan inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) sebanyak RM600 juta.
Pakej Kita Prihatin merupakan lanjutan daripada pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej Prihatin PKS (Tambahan) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM295 bilion, atau kira-kira 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, dengan suntikan fiskal tambahan oleh kerajaan berjumlah RM45 bilion.
Izuan berkata lanjutan Program Subsidi Upah dan Geran Khas untuk perusahaan mikro menunjukkan usaha kerajaan yang berterusan untuk memberi bantuan kepada komuniti perniagaan kecil yang terjejas disebabkan pelbagai cabaran.
"Lanjutan tersebut akan membolehkan pengukuhan kelangsungan perniagaan untuk segmen yang disasarkan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Pada dasarnya, pakej terkini ini menunjukkan bahawa kumpulan pendapatan bersasar dan komuniti perniagaan masih perlu bergantung kepada bantuan daripada kerajaan berikutan mereka terjejas akibat pandemik dan sekatan pergerakan," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, katanya penting untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani impak akibat pandemik terhadap permintaan domestik dan ekonomi, berikutan ia perlu mengambil kira segmen yang disasarkan dalam usaha ke arah pemulihan ekonomi dan kewangan negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang disasarkan pada tahun depan.
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 5.5 peratus dan lapan peratus pada tahun depan.
Bagi tahun ini, Bank Negara Malaysia mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebanyak -5.5 peratus dan -3.5 peratus. Pemulihan dijangka secara berperingkat pada separuh kedua 2020.
Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid melihat pengumuman mengenai Kita Prihatin sebagai langkah bersasar yang diambil oleh kerajaan untuk memacu proses pemulihan ekonomi.
Beliau berkata kenaikan siling hutang daripada 55 peratus kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
"Langkah subsidi upah dapat mengurangkan kos buruh majikan yang terjejas akibat COVID-19. GKP dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana menguruskan aliran tunai dan modal pusingan mereka serta meningkatkan pengeluaran melalui pelaburan dalam barangan modal.
"Bantuan tunai di bawah Bantuan Prihatin Nasional dapat meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40 untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman dan pakaian.
"Oleh itu, ia bersifat bersasar dan sumber kerajaan dapat dioptimumkan selain menggalakkan kesan pengganda dalam ekonomi negara," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 23 2020
![Kita Prihatin, langkah pencegahan kekang permintaan domestik merosot - Ahli ekonomi Kita Prihatin, langkah pencegahan kekang permintaan domestik merosot - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71588315657_WangRinggit.jpg)
Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion merupakan langkah pencegahan jangka pendek untuk mengelak permintaan domestik merosot.
![MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721224913_DonDaniyalDonBiya.jpg)
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
MAIS berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
![Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dikuatkuasakan secepat mungkin.
![Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
![28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori 28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721223722_stomachache.jpg)
28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori
Kesemua mereka dikatakan mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan sebagai menu tengah hari.
![JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707816618_TBDATUKNORHISHAM.jpg)
JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
![MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702634533_TBKERETAjpg.jpg)
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
![Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan
Komitmen kerajaan terhadap pembaharuan ekonomi membantu ringgit mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, kata seorang penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 4.74 mata atau 0.29 peratus kepada 1,623.12 daripada paras penutup 1,618.38 pada Rabu.
![Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.
![Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.
![Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716542201_MalaysiaEkonomi.jpg)
Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
![Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715601099_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
![BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75 BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719815672_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75
Duit syiling peringatan berkenaan akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU).