ALOR SETAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Kuala Kedah merampas kira-kira 2,000 liter minyak diesel bernilai anggaran RM4,300 yang dipercayai untuk diseleweng, dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Langgar di sini, semalam.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah Affendi Rajini Kanth berkata serbuan pada pukul 11 pagi itu membawa kepada penemuan diesel berkenaan dalam tangki tambahan pada sebuah motolori yang disyaki untuk penyelewengan minyak itu.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati motolori 'bonded' itu mempunyai tangki yang diubah suai disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel.
"PPM telah bertindak menyita sejumlah minyak diesel dalam anggaran 2,000 liter yang ditemukan di dalam tangki tambahan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Affendi berkata pihak PPM Wilayah 1 itu kemudian menyerahkan kes itu kepada pihak Pejabat KPDN Kedah dan pemandu motolori yang berumur 52 tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata motolori "bonded" bernombor pendaftaran tempatan itu turut disita bagi siasatan lanjut.
"KPDN ingin memberi amaran keras dan menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023

Serbuan pada pukul 11 pagi itu membawa kepada penemuan diesel berkenaan dalam tangki tambahan pada sebuah motolori yang disyaki untuk penyelewengan minyak itu. -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kira-kira 2,000 liter diesel dipercayai diseleweng dirampas di Alor Setar
Serbuan pada pukul 11 pagi itu membawa kepada penemuan diesel berkenaan dalam tangki tambahan pada sebuah motolori yang disyaki untuk penyelewengan minyak itu.