KUALA TERENGGANU: Sebuah syarikat memproses emas didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, pada Isnin kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Mahkamah memutuskan hukuman itu selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.
Berdasarkan pertuduhan, syarikat yang beroperasi di daerah Marang itu didapati menjalankan aktiviti memproses emas iaitu aktiviti 8 (a), Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
Syarikat berkenaan didakwa tidak mengemukakan laporan EIA terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dan diluluskan sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 34A (6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu.
Sementara itu, Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd Rahman dalam kenyataan di sini berkata, berdasarkan Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang ingin menjalankan aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan dan diluluskan oleh JAS sebelum dibenarkan beroperasi. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 23 2023

Syarikat berkenaan didakwa tidak mengemukakan laporan EIA terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dan diluluskan. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kilang proses emas didenda RM25,000
Sebuah syarikat memproses emas didenda RM25,000 kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).