Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di Jalan Gangsa, Mergong di sini, diarahkan tutup selama empat belas hari bermula semalam, kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Mohd Fitri Hassan berkata tindakan itu diambil oleh Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan yang membuat pemeriksaan bersama kira-kira 2 petang Ahad.
"KPDNKK Kedah bersama Bahagian Kualiti Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan di dalam kilang terbabit dan mendapati lantai dan persekitaran premis tersebut kotor selain beberapa pekerja warga asing dan tempatan tidak mengenakan sarung tangan dan pakaian lengkap ketika beroperasi.
"Pada masa sama, bebola ikan yang dihasilkan tidak ditutup di bahagian atas dan dibiarkan di dalam besen dan dihinggapi lalat," katanya kepada pemberita.
Mohd Fitri berkata pihaknya turut mengambil tindakan terhadap pemiliknya berusia 50-an kerana tidak mematuhi spesifikasi pelabelan produk berkenaan seperti tidak menyatakan butiran sukatan berat, pengeluar dan menggunakan alat sukatan tidak disahkan.
Beliau berkata ketika serbuan, empat pekerja terdiri daripada dua warga Bangladesh dan dua rakyat tempatan berusia 30 hingga 40-an, berada di kilang terbabit.
Berikutan itu, pemilik kilang terbabit disiasat kerana melanggar Perintah 3(1)(b) Perintah Kawalan Harga (Pelabelan oleh pekilang, pengimport, pengeluar atau penjual borong) 1980.
Jika sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan manakala denda tidak lebih RM50,000 serta penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan.
"Kita juga siasat mengikut Seksyen 16(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak disahkan. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM4,000 bagi pertubuhan perbadanan manakala bagi orang perseorangan, didenda tidak lebih RM4,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," kata beliau.
Dalam operasi tersebut, alat penimbang elektronik dan 204 bungkus bebola ikan bernilai RM800 turut dirampas, katanya.
Mohd Fitri berkata kilang yang mempunyai lesen itu beroperasi setahun lepas dengan menghasilkan bebola ikan dan mengedarkannya di kedai-kedai runcit dan pasar raya sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan Perlis. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 05 2017

Menurut KPDNKK ketika serbuan, empat pekerja terdiri daripada dua warga Bangladesh dan dua rakyat tempatan berusia 30 hingga 40-an, berada di kilang terbabit.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kebocoran bahan kimia di kilang, enam mangsa dikejarkan ke hospital
Enam individu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan susulan kebocoran bahan kimia di sebuah kilang membuat bebola ikan di Jalan Tepi Sungai, dekat sini pada Sabtu.

Manfaat bantuan peniaga kecil, cetus revolusi 'baby lekor' di Mersing
Seorang usahawan keropok lekor di Mersing, Johor cuba mempelbagaikan perusahaannya dengan menghasilkan makanan berunsurkan ikan iaitu bebola ikan.

Kilang pemprosesan bebola ikan di Alor Setar diarah tutup
Tindakan itu diambil oleh Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan yang membuat pemeriksaan bersama kira-kira 2 petang Ahad.

Najis tikus bertaburan, kilang bebola ikan di George Town diarah tutup
Selain daripada najis tikus, lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan.