KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju tanggungjawab penguatkuasaan termasuk serbuan oleh semua agensi terhadap kilang yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara diselaraskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebelakangan ini, kerajaan menerima banyak aduan melibatkan sektor perkilangan yang didakwa menyalahgunakan surat kebenaran menjalankan operasi melibatkan perkhidmatan bukan perlu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh.
Menurutnya berdasarkan maklumat, terdapat kilang dikesan melanggar SOP apabila beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus pekerja, malah ada antara mereka yang memakai gelang kuarantin tetap diarahkan datang bekerja.
"Justeru, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang yang melanggar SOP dengan melakukan pemeriksaan dan serbuan. Kilang-kilang yang dikenal pasti ini akan dikenakan kompaun termasuk arahan menutup premis serta-merta," katanya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) hari ini.
Pada 17 Jun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata majikan sektor perkilangan akan dikompaun terus tanpa amaran jika melanggar SOP PKP mulai 18 Jun.
Hamzah berkata lebih 40 kilang di seluruh negara telah dikompaun sejak 1 Jun lepas kerana melanggar SOP PKP.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan bersetuju PKPD dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sarawak, Sabah, Melaka dan Perak bermula 23 Jun hingga 6 Julai ini setelah pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penilaian risiko.
Menurutnya, lokaliti di Sarawak melibatkan Rumah Panjang Gabriel Bujang anak Ikau, Sungai Lepah, Tanjung Manis dan Kuarters Pekerja Balingian Power Generation, Jalan Sibu-Mukah di Bahagian Mukah, manakala Sabah membabitkan Blok 11 Kampung Titingan dan Batu 7, Jalan Tinagat, Tawau; Kampung Ejuk, Kota Belud dan Kampung Warisan, Kota Kinabalu.
Di Melaka pula, PKPD dilaksanakan di Penjara Sungai Udang (kecuali Kuarters Penjara), Melaka Tengah, Melaka, sementara di Perak melibatkan Kilang Sawit Cahaya Muda (termasuk kuarters pekerja), Batang Padang, Perak.
"SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my," katanya.
Ismail Sabri turut memaklumkan PKPD yang dilaksanakan sebelum ini melibatkan beberapa lokaliti di Sabah dan Perak ditamatkan pada 11.59 malam esok.
Penamatan PKPD di Sabah itu melibatkan Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah dan Taman Megah Jaya di Tawau, Kampung Narandang, Kudat dan Ladang FGV Kalabakan Selatan, Kalabakan, sementara di Perak pula membabitkan Politeknik Sultan Azlan Shah, Muallim dan Felda Trolak Utara, Sungkai.
Selain itu, Ismail Sabri juga berkata PKPD yang dilaksanakan sebelum ini melibatkan beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan pada 11.59 malam ini.
Mengenai pematuhan prosedur operasi standard PKP, beliau berkata seramai 825 individu ditahan atas pelbagai kesalahan semalam, dan daripada jumlah itu, 810 dikompaun manakala 15 direman.
Katanya antara kesalahan yang dikesan ialah tiada penjarakan fizikal, gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis, tidak memakai pelitup muka dan merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran selain makan di dalam premis menjual makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebelakangan ini, kerajaan menerima banyak aduan melibatkan sektor perkilangan yang didakwa menyalahgunakan surat kebenaran menjalankan operasi melibatkan perkhidmatan bukan perlu. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Pencemaran bau: Dua kilang di Nibong Tebal diarah henti operasi serta-merta
MBSP mendapati kilang terbabit masih beroperasi hingga secara berterusan menyebabkan gangguan kepada penduduk.
Dua penjenayah maut ditembak polis di Pulau Pinang
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.20 pagi ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Kilang farmaseutikal di India meletup, 15 terbunuh
Angka kematian setakat ini mencecah 15 orang dan berkemungkinan meningkat dengan hampir 40 orang cedera.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Pekerja maut jatuh dari ketinggian 5.2m ketika pasang anak tangga di kilang
Pekerja warga asing itu dikatakan tergelincir sebelum terjatuh sewaktu melakukan kerja-kerja pemasangan anak tangga pada jam 2.15 petang.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
MITI komited bantu tingkat kesedaran jumlah pekerja sektor berkemahiran tinggi
MITI komited membantu negara meningkatkan kesedaran mengenai jumlah pekerjaan tersedia dalam sektor berkemahiran tinggi.
Heret pencuri air ke mahkamah - Hajiji
Kilang-kilang yang didapati mencuri air mesti dihadapkan ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun.
Tujuh tahun guna sijil halal tamat tempoh, KPDN serbu kilang muruku
Hasil pemeriksaan menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang telah ditanda logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan.