Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpandangan bahawa pengenalan seni khat bertujuan menerapkan nilai warisan Bahasa Melayu dan identiti negara dan isu itu sepatutnya tidak dicetuskan sehingga mengundang kontroversi.
Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, seni Tulisan Jawi, Cina dan Tamil dikenali murid tahun 1 pada 2011 sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan.
"Justeru adalah tidak wajar ia dijadikan sebagai isu sehingga mengundang kepada kontroversi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada 2015 pula seni tulisan berkenaan diperkenal dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 untuk Sekolah Kebangsaan di bawah tema 'Menghargai Budaya Bangsa'.
"Tahun ini merupakan tahun semakan KSSR Tahun 4, maka golongan profesional perlu melakukan perbincangan dan mencari jalan supaya pembelajaran seni khat tidak membebankan murid. Kita mahu memupuk gaya penulisan indah menjelang 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
BACA: Bukan Melayu juga ikuti kursus seni khat di universiti
BACA: Kerajaan tekad teruskan pengajaran tulisan khat - Tun M
BACA: Kementerian Pendidikan diminta bertegas laksana pengajaran tulisan khat - Mahfuz
Cadangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum sekolah menimbulkan pelbagai reaksi, bagaimanapun kementerian itu bertegas bahawa pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakular akan dilaksanakan tahun hadapan seperti dijadual.
Pengenalan itu turut disambut baik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan bantahan mengenai perkara itu hanya melibatkan sebahagian kecil masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 05 2019
TAN: Adalah tidak wajar pengenalan seni khat dijadikan sebagai isu sehingga mengundang kepada kontroversi. - Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
NUTP mahu jadual keberadaan pelajar dalam kelas, PdPR diselaras
Pelaksanaan itu penting bagi mengelak guru dan pelajar hilang fokus dan tenaga akibat sesi yang terlalu lama selain menjamin kualiti PdP.
Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.
PdPR: Guru sudah bersiap sedia lebih awal - NUTP
Guru sudah lebih awal siap sedia dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri yang akan berkuatkuasa pada Rabu.
Belanjawan 2021: Kerajaan disaran perluas pemberian komputer riba kepada pelajar golongan B40
NUTP harap kerajaan dapat mencari kaedah membolehkan akses kepada lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah supaya mampu memiliki komputer riba untuk kegunaan PdP.
Lihat semula isu pengisian Deskripsi Tugas guru- NUTP
NUTP berpendapat kerja-kerja pengisian seperti ini adalah terbeban dan tidak relevan kerana tujuan dan matlamat pengisian adalah tidak jelas.
NUTP mohon KPM timbang semula cuti bersempena Aidiladha
NUTP memohon KPM menimbang semula cuti bersempena Hari Raya Aidiladha bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambutnya di kampung.
NUTP saran kerajaan wujudkan kelas intensif Bahasa Inggeris untuk rakyat
Kerajaan disaran agar mewujudkan kelas-kelas intensif Bahasa Inggeris secara percuma kepada rakyat, kata Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock.
Perkasakan DLP sebelum kembali laksanakan PPSMI - NUTP
Huat Hock menambah NUTP bersetuju dengan cadangan agar matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.
Khat untuk nilai warisan dan identiti negara - NUTP
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, seni Tulisan Jawi, Cina dan Tamil dikenali murid tahun 1 pada 2011 sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan.
NUTP gesa kementerian beri pencerahan berhubung ujian tingkatan tiga
NUTP menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu kenyataan rasmi kepada warga pendidik berhubung peperiksaan percubaan bagi murid tingkatan tiga.