Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan satu kenyataan rasmi, surat pekeliling atau siaran kepada warga pendidik berhubung peperiksaan percubaan bagi murid tingkatan tiga.
Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan pada Sabtu berkata NUTP mendapati ada antara sekolah menengah yang mengadakan peperiksaan percubaan mengejar penarafan secara tidak formal di kalangan mereka sendiri dan situasi itu akan membebankan murid dan guru terlibat.
"Kita memohon agar satu kenyataan rasmi atau surat pekeliling berkaitan ini dapat dikeluarkan oleh KPM agar guru-guru tidak keliru atau menjadi mangsa pengetua dan pentadbiran sekolah. Kebanyakan pengetua dan pentadbir sekolah memerlukan pemakluman secara hitam putih," katanya.
Pada 6 Julai lalu, NUTP telah memuat naik satu video di laman sosial Facebook berhubung pemakluman Ketua Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Rohesan Mohamad yang menyatakan dengan jelas meminta semua pengetua dan pentadbir sekolah tidak mengadakan peperiksaan percubaan dan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan tiga.
Harry Tan berkata perkara itu juga telah diuar-uarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan selaras dengan naratif baru amalan pendidikan yang tidak mahu pendidikan Menengah Rendah berfokus kepada 'Exam Oriented' kerana PT3 sebahagian komponen Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
Kenyataan video itu juga memaklumkan bahawa menjelang 2020, soalan-soalan peperiksaan akan dibuat oleh para guru mengikut gred sekolah masing-masing.
"Jadi tidak sepatutnya dibuat perbandingan kerana pelajar dan guru yang akan tertekan dengan perbandingan ini. KPM hanya ingin dan mengharapkan kemenjadian murid terlaksana," katanya merujuk kepada peperiksaan percubaan tingkatan 3 yang diadakan oleh setengah-setengah sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2019
NUTP mendapati ada antara sekolah menengah yang mengadakan peperiksaan percubaan mengejar penarafan secara tidak formal di kalangan mereka sendiri dan situasi itu akan membebankan murid dan guru terlibat. - Gambar fail/BERNAMA
Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025 setelah kategori 61kg yang disertainya sebelum ini tidak lagi dipertandingkan.
Pemeriksaan mengejut timbangan sawit mulai 2025, lindungi pekebun kecil - Johari
Anggota penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan turun padang dan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas syarikat peraih buah sawit bermula awal 2025 dalam memastikan ketepatan timbangan demi melindungi kepentingan pekebun kecil
Lelaki ditahan sehari selepas curi set penghawa dingin kediaman
Tindakan berani seorang lelaki memecah pagar dan menceroboh sebuah rumah di Taman Nesa, Skudai untuk mencuri set penghawa dingin, berakhir apabila dia berjaya ditahan polis sehari selepas kejadian.
Ribuan pelancong, masyarakat pelbagai kaum meriahkan Perarakan Chingay Pulau Pinang
Walaupun Chingay amat sinonim dengan kaum Cina, namun pesona seni itu turut menarik penyertaan pelbagai kaum termasuk orang Melayu dan India di Pulau Mutiara itu.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk
Kesihatan dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas semakin pulih.
AWANI Ringkas: Lagi perusuh diburu polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.
Sultan Pahang berkenan rasmi Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang.
AWANI 7:45 [28/12/2024] – Tangisan duka | Lori jadi 'punca' | Laporan polis terhadap Hannah Yeoh
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Agenda AWANI Asia: Potensi Dan Trend Baharu Hubungan Malaysia-China
Sejauh mana pentingnya hubungan Malaysia - China pasca 50 tahun mendatang? Apakah potensi baharu yang dapat mendorong kerjasama global kedua-dua negara? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
NUTP mahu jadual keberadaan pelajar dalam kelas, PdPR diselaras
Pelaksanaan itu penting bagi mengelak guru dan pelajar hilang fokus dan tenaga akibat sesi yang terlalu lama selain menjamin kualiti PdP.
Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.
PdPR: Guru sudah bersiap sedia lebih awal - NUTP
Guru sudah lebih awal siap sedia dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri yang akan berkuatkuasa pada Rabu.
Belanjawan 2021: Kerajaan disaran perluas pemberian komputer riba kepada pelajar golongan B40
NUTP harap kerajaan dapat mencari kaedah membolehkan akses kepada lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah supaya mampu memiliki komputer riba untuk kegunaan PdP.
Lihat semula isu pengisian Deskripsi Tugas guru- NUTP
NUTP berpendapat kerja-kerja pengisian seperti ini adalah terbeban dan tidak relevan kerana tujuan dan matlamat pengisian adalah tidak jelas.
NUTP mohon KPM timbang semula cuti bersempena Aidiladha
NUTP memohon KPM menimbang semula cuti bersempena Hari Raya Aidiladha bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambutnya di kampung.
NUTP saran kerajaan wujudkan kelas intensif Bahasa Inggeris untuk rakyat
Kerajaan disaran agar mewujudkan kelas-kelas intensif Bahasa Inggeris secara percuma kepada rakyat, kata Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock.
Perkasakan DLP sebelum kembali laksanakan PPSMI - NUTP
Huat Hock menambah NUTP bersetuju dengan cadangan agar matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.
Khat untuk nilai warisan dan identiti negara - NUTP
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, seni Tulisan Jawi, Cina dan Tamil dikenali murid tahun 1 pada 2011 sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan.
NUTP gesa kementerian beri pencerahan berhubung ujian tingkatan tiga
NUTP menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu kenyataan rasmi kepada warga pendidik berhubung peperiksaan percubaan bagi murid tingkatan tiga.