PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia ke-73 (WPRCM) di Manila, Filipina yang berlangsung dua hari bermula esok.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kehadiran Khairy ke mesyuarat itu juga sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kenyataan itu menyebut penyertaan Malaysia ke WPRCM ke-73 amat penting bagi memastikan isu-isu kesihatan negara dapat diketengahkan dan diambil perhatian supaya kepentingan Malaysia terjamin.
"Selain itu, sebagai Naib Pengerusi, Malaysia boleh menggunakan platform berkenaan untuk mengadakan konsultasi dan perbincangan lanjut bersama ahli Lembaga Eksekutif WHO yang lain demi kepentingan bersama dalam sektor kesihatan," menurut kenyataan itu.
Menurut KKM, WPRCM ke-73 akan membincangkan isu dan resolusi dipersetujui pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang berlangsung dari 22 hingga 30 Mei lepas, selain membincangkan cadangan agenda bagi Mesyuarat Lembaga Eksekutif ke-152 yang akan diadakan pada Januari 2023.
Antara perkara berbangkit yang bakal dibincangkan semasa WPRCM ke-73 termasuk penjagaan kesihatan primer, pasca-COVID-19, kesihatan mental, laporan kemajuan program teknikal serta usaha koordinasi dan kepimpinan.
Pada mesyuarat kali ini, Khairy dijadual menyampaikan ucaptama pada sesi perbincangan mengenai Komunikasi untuk Kesihatan, seterusnya menjadi seorang daripada ahli panel bagi forum tersebut.
Beliau juga dijangka mengadakan beberapa siri mesyuarat dua hala dengan negara-negara berkepentingan bagi membincangkan isu strategik dua hala antaranya bersama Menteri Kesihatan New Zealand, Menteri Kesihatan Brunei dan Timbalan Menteri Kesihatan Global dan Kebajikan Jepun.
Kenyataan itu memaklumkan Khairy turut dijadual membuat kenyataan celahan ke atas laporan oleh Pengarah Rantau Pasifik Barat dan seterusnya memuktamadkan agenda perbincangan berhubung Komunikasi untuk Kesihatan serta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit.
Turut sama dalam delegasi Malaysia ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai kanan KKM.
WHO Rantau Pasifik Barat terdiri daripada gabungan 37 negara maju dan sedang membangun seperti Australia, New Zealand, Singapura, Jepun, Brunei, Kemboja, China, Malaysia dan Filipina dengan sekretariat utama bagi rantau ini adalah Pejabat Serantau bagi Pasifik Barat bertempat di Manila, Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022
Pada mesyuarat kali ini, Khairy dijadual menyampaikan ucaptama pada sesi perbincangan mengenai Komunikasi untuk Kesihatan. - Fail BERNAMA
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.