SINGAPURA: Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin akan berada di Singapura sebagai Felo Pertukaran Lee Kuan Yew dari 31 Mei hingga 3 Jun 2022, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.
Khairy merupakan Felo Pertukaran Lee Kuan Yew ke-71 dan ketujuh dari Malaysia, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
MFA berkata Khairy akan bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat; Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin; Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean; serta Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam.
Beliau juga dijadual bertemu Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Kewangan Lawrence Wong; Menteri Kesihatan Ong Ye Kung; dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo, menurut kenyataan itu.
Sempena lawatannya, Khairy akan berucap pada Sidang Kemuncak Asia Tech x Singapore (ATxSG) anjuran Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) republik itu, menurut MFA.
Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pegawai dari Kementerian Kesihatan, A*STAR dan Agensi Teknologi Kerajaan selain menyertai lawatan yang diatur Agensi Alam Sekitar Kebangsaan terhadap kemudahan ujian sisa air, dan menyampaikan ucapan di Universiti Kebangsaan Singapura, Sekolah Saw Swee Hock bagi Kesihatan Awam.
Ditubuhkan pada tahun 1991, Felo Pertukaran Lee Kuan Yew menjemput individu yang cemerlang bagi mengadakan lawatan peringkat tinggi ke Singapura.
Individu dipilih berdasarkan rekod prestasi mereka dan potensi luar biasa dalam menyumbang kepada pembangunan negara mereka dan hubungan dua hala dengan Singapura.
"Pertukaran sebegini membantu memupuk dialog dan kerjasama, dan memperkukuh kerjasama dua hala kami," menurut kementerian itu.
Lee Tzu Yang, Pengerusi Felo Pertukaran Lee Kuan Yew, akan menganjurkan majlis makan malam untuk Khairy.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Khairy merupakan Felo Pertukaran Lee Kuan Yew ke-71 dan ketujuh dari Malaysia. - Gambar/ Bernama
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.