Fokus negara ketika ini adalah untuk melangsai hutang ASD1 trilion, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah, perkara lain dalam agenda negara perlu diletakkan pada keutamaan kedua.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan kini tidak mempunyai dana mencukupi untuk meneruskan kesemua projek serentak dan perlu bijak mengurus hutang.
Mengikut perkiraan, Malaysia bakal mengambil masa lebih 40 tahun untuk menyelesaikan hutangnya.
Tambah Dr Mahathir, jika hutang ini diambil mudah, tidak mustahil situasi kewangan yang melanda Greece akan terjadi kepada Malaysia dalam masa terdekat.
Selain itu, beliau turut menekankan bahawa penting untuk Malaysia kembali kepada sistem pentadbiran yang menghormati perundangan dan demokrasi.
Begitu juga, tambahnya, kuasa jawatan Perdana Menteri perlu dibendung agar tidak berleluasa.
Antara langkah yang bakal diambil, Malaysia mungkin akan memperkenalkan syarat di mana seseorang individu hanya boleh berkhidmat sebagai Perdana Menteri untuk tempoh dua penggal.
Dr Mahathir menyambung lawatannya ke London, United Kingdom setelah selesai menghadiri sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-73 (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.
Beliau berucap pada ‘Sesi Ramah Mesra Rakyat Malaysia Bersama Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Royal Lancaster, di sini.
Antara yang turut hadir, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Izza Izelan
Sun Sep 30 2018

Selesai menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-73 di New York, Dr Mahathir tiba di London, 30 Sept, 2018. --fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

SPKK kumpul dana RM10,000 untuk Palestin
Kempen ini adalah simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin dan mencerminkan nilai ihsan serta belas kasihan.

Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.

Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.

TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.

Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.