IPOH: Ketua sindiket dadah dan seorang ahlinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21 kilogram minggu lepas.
S. Genesan, 39, yang kudung tangan kiri dan R. R Pirapagaran, 39, dituduh bersama-sama mengedar dadah seberat 21,069 gram di sebuah rumah di Jalan Jelapang Bayu 6, Puncak Jelapang di sini kira-kira 9 malam, 16 Mei lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala Genesan diwakili peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah dan R Pirapagaran tidak diwakili peguam.
Majistret Jesseca Daimis menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu serahan laporan kimia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Majistret Jesseca Daimis menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu serahan laporan kimia.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.

Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.

Datuk, ahli sindiket kartel dadah Sabah didakwa dalam masa terdekat - Polis
Ketua sindiket pengedaran dadah bergelar "Datuk" yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran di Sabah dijangka dituduh dalam masa terdekat.

Ketua sindiket, ahli didakwa edar dadah
Ketua sindiket dadah dan seorang ahlinya didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21 kilogram minggu lepas.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.