KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja di negeri ini dengan menahan ketua sindiket termasuk sepasang suami isteri dalam serbuan di Sungai Dua, Butterworth dan Perai.
Dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Rabu lepas, sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 turut dirampas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, pasangan suami isteri berusia 35 dan 44 tahun ditahan bersama dadah seberat 8.6kilogram dalam serbuan pertama pada pukul 10.30 pagi di sebuah rumah yang disewa mereka di Sungai Dua.
Manakala suspek yang dipercayai ketua sindiket berusia 44 tahun pula ditahan dalam serbuan kedua di sebuah bengkel kereta di Perai dan polis turut merampas lima bungkusan dadah jenis ganja seberat 4.85kg bernilai RM12,133.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini hari ini, Mohd Radzi berkata, siasatan mendapati sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif pada awal tahun ini.
Selain dadah, polis turut menyita barang kemas dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM15,000.
Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lelaki yang dipercayai ketua sindiket positif dadah manakala suami isteri berkenaan negatif.
Suami isteri yang ditahan itu kini direman selama enam hari bermula semalam hingga 5 Julai ini manakala ketua sindiket direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 6 Julai.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jul 01 2022
![Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656668474_SindiketEdarGanja.jpg)
Komisioner Mohd Radzi Ahmad (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan ganja yang dirampas daripada suspek kepada wartawan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada Jumaat. - Gambar ihsan PDRM
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan
Polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.
![PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668503639_TBpolispulaupinang.jpg)
PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647843434_DatoMohdShuhaily.jpg)
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.
![Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641369658_TBSHUHAILY.jpg)
Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib
Semua kertas siasatan itu melibatkan 43 pegawai, 269 anggota dan dua kakitangan awam membabitkan pelbagai kesalahan.
![Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41627821328_PartiliardiPulau.jpg)
Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.
![Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624861927_bukitmertajamroko.jpg)
Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta
Serbuan di tiga lokasi di Machang Bubok dan Bukit Tengah itu dibuat selepas risikan mendapati sindiket itu menjadikan rumah sewa sebagai markas.
![Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615798391_DatukSahabudinAbd.jpg)
Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen
Polis Pulau Pinang sedang menganalisis data siasatan membabitkan empat pegawainya yang terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam.
![352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang 352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600946734_ganjapenang.jpg)
352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.
![Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528021085_Thaiveegan.jpg)
Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang berkata, berita tentang penemuan mayat itu tidak benar sama sekali, bahkan beberapa kali ditularkan sejak Mei 2014.
![Sorok mayat kekasih dalam almari Sorok mayat kekasih dalam almari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520995058_MAYATDALAMALMARI.jpg)
Sorok mayat kekasih dalam almari
Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, malam tadi.