BALIK PULAU: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berharap Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, dapat menangani masalah air yang membabitkan Pulau Pinang dan Kedah.
Chow berkata, sebagai menteri, Tuan Ibrahim perlu bertanggungjawab memastikan semua negeri mempunyai sumber air mentah yang mencukupi.
"Saya rasa menteri berkenaan perlu lihat dirinya sebagai menteri Malaysia, untuk menangani masalah melibatkan negeri-negeri dan bukan sebagai menteri Pas, sebab pihak itu (Kedah) membabitkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas," katanya selepas Majlis Penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Pulau Pinang, yang akan mengharungi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Pulau Pinang akan terus membangkitkan isu air dalam semua jenis mesyuarat peringkat Persekutuan yang dihadiri, kerana berpendapat masalah itu bukan sekadar membabitkan satu atau dua negeri, tetapi adalah isu nasional.
Chow berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang dilaporkan berkata, Pulau Pinang mempunyai tanggungjawab moral membayar kepada Kedah, berhubung sumber bekalan air yang diambil dari Sungai Muda.
Jumaat lepas, Tuan Ibrahim berkata, Pulau Pinang mempunyai hak mengambil air dari Sungai Muda, namun, aliran sungai berkenaan bermula di hutan di Ulu Muda, Kedah, perlu dipelihara dan dilindungi daripada pembalakan menyebabkan Kedah kehilangan sumber pendapatan yang berpotensi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa mencadangkan, supaya kerajaan Persekutuan berusaha untuk mendapatkan pampasan Persekutuan untuk Kedah dan bukannya memaksa Pulau Pinang membayar Kedah untuk air dari Sungai Muda.
Jaseni berkata, Pulau Pinang tidak membayar Kedah untuk air mentah dari Sungai Muda kerana tiada kewajipan undang-undang yang memaksa Pulau Pinang membayar air mentah yang diabstrak dari Sungai Muda.
"Adalah menjadi tugas Menteri Alam Sekitar dan Air untuk mendapatkan dana Persekutuan daripada kerajaan Persekutuan untuk memulihara Ulu Muda dan Sungai Muda dan bukannya memaksa Pulau Pinang membayar Kedah," katanya.
Jaseni berkata, menteri Persekutuan hendaklah fokus kepada pampasan Persekutuan untuk pemuliharaan Ulu Muda dan Sungai Muda di Kedah. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
![Ketua Menteri harap Tuan Ibrahim dapat tangani masalah air Kedah - P. Pinang Ketua Menteri harap Tuan Ibrahim dapat tangani masalah air Kedah - P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662369401_ChowKonYeow.jpg)
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) berharap Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, dapat menangani masalah air yang membabitkan Pulau Pinang dan Kedah. - Gambar fail
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721198691_AnwarIbrahim.jpg)
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak.
AWANI Ringkas: Jangan cemas tembakan meriam pada Jumaat dan Sabtu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721197285_Pelakontumbuktema.jpg)
Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR
Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Elektrik terputus, banjir jejaskan 165,000 penduduk Toronto
Hujan lebat di Toronto, Kanada pada Selasa menyebabkan lebih 165,000 pengguna terputus bekalan elektrik, lapor Toronto Hydro.
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719724186_ChowKonYeow.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap
Chow Kon Yeow menegaskan kerajaan negeri tidak menganaktirikan sesiapapun dan memohon maaf kepada penduduk Sungai Bakap yang berdepan masalah air sejak lebih enam tahun lalu.
![Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) optimis masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
![MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715866498_tbgangguanbekalana.jpg)
MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air
Telaga tiub bukanlah jalan penyelesaian kerana air yang di dalam tanah kebanyakan keruh selain kos yang agak tinggi.
![PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709693366_FadillahYusof.jpg)
PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah
Peruntukan itu adalah tambahan daripada RM300 juta yang telah diluluskan secara pinjaman oleh Jemaah Menteri pada 27 September tahun lepas.
![Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700129191_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry
Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
![Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686219801_TBAzamiMohdNor.jpg)
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
![SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686213247_TBazambakijpg.jpg)
SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki
SPRM akan memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
![Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682841614_AnwarIbrahimHajij.jpg)
Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah
Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh negeri.
![Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685601479_AnwarIbrahim.jpg)
Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.
![Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612868704_NorHishamMohdGhaz.jpg)
Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham
Nor Hisham menyarankan agar takungan air tepi sungai seperti yang dilakukan di Selangor wajar juga diterokai.