Ketua Diaspora Hamas Dr Maher Salah, hari ini melahirkan harapan agar Malaysia mengetuai usaha politik menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Beliau berkata Malaysia harus menggunakan pengaruhnya yang dihormati dunia Arab dan Islam untuk mengetuai usaha pelbagai peringkat, menentang keputusan secara terang-terangan mengenai Kota Suci itu yang ditolak kebanyakan negara dunia termasuk di Eropah, Asia dan Amerika Latin.
"Rakyat kami di tanah Palestin, di dunia Arab dan Islam serta negara lain akan luahkan kemarahan dan penolakan berhubung keputusan ini, selepas solat Jumaat, hari ini.
"Kami menentang keputusan tersebut. Ia tidak mungkin dilaksanakan. Ini adalah ibu negara Palestin, ia akan tetap menjadi kota Palestin, Islam dan Arab dan ia adalah suci bagi umat Islam dan Kristian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Dalam pertemuan itu, Salah dan Kiandee turut membincangkan pendirian kerajaan Malaysia dan Parlimen yang menolak keputusan Trump, yang menurut Salah adalah jelas dan mewakili semua rakyat di negara ini.
The New York Times melaporkan Trump pada Rabu secara rasmi mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, iaitu meminda hampir tujuh dekad dasar luar Amerika Syarikat dan menetapkan untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO semalam berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Ditanya apakah ada kemungkinan untuk Intifada (penentangan rakyat Palestin terhadap Israel) seterusnya, Salah sambil tersenyum berkata: "Kami telah menyaksikan percikan pertama bagi Intifada seterusnya".
Kiandee berkata beliau berharap keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel akan dipertimbangkan secara teliti kerana keputusan itu adalah penting, agar tidak menjejaskan proses damai.
"Sebagai Anggota Parlimen, kami menyokong langkah kerajaan, pengumuman oleh Perdana Menteri semalam dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar yang meminta Presiden Trump untuk mempertimbangkan semula keputusan itu kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap proses damai yang sedang berjalan antara Israel dan Palestin," katanya.
Kemudian, Duta Besar Georgia ke Malaysia Nikoloz Apkhazava, turut membuat kunjungan hormat ke atas Kiandee, juga di Bangunan Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
Dr Maher Salah (kanan) ketika sidang media mengenai isu Palestin pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Turut hadir Ketua Perhubungan Islam dan Arab Izzat Risheq. --fotoBERNAMA
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.