Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata lelaki itu dilapor berada dalam keadaan stabil.
"Pada masa ini dia masih menerima rawatan di wad HTAA dan masih memerlukan pemerhatian doktor," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Pada Khamis lepas, Harun, 47, dikejarkan ke HTAA selepas mengalami simptom angin ahmar ketika dalam tahanan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Lelaki itu yang diberkas di Tangkak, Johor pada 20 Nov lepas, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 Nov ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik yang ditembak di rumahnya di Indera Mahkota
2 di sini pada 10 Nov lalu.
Turut direman bagi membantu siasatan kes itu ialah isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandu Harun Nor Hairi Harun, 41.
Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan Syiah.
Bernama
Sat Nov 23 2013

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

'Tuhan Harun' dipenjara 15 tahun kerana kumpul deposit secara haram
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Permohonan 'Tuhan Harun' dilepas dengan jaminan diputuskan Khamis ini
Peguam tertuduh memohon supaya anak guamnnya dilepaskan dengan jaminan atas alasan bagi membolehkannya mendapatkan rawatan di hospital akibat penyakit strok.

Kes 'Tuhan Harun': Sebutan semula pada 27 Februari
Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 27 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun'.

Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' stabil di hospital
Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

'Tuhan Harun' ditahan di Tangkak
Selepas 10 hari diburu, polis akhirnya memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.

Mahkamah Syariah keluar waran tangkap terhadap Tuhan Harun
Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran itu selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.