Selepas 10 hari diburu, polis akhirnya memberkas ketua ‘Tuhan Harun’ iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor, petang Rabu.
Harun, 47, dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abd Malik 10 November lalu.
Harun ditangkap bersama isteri ketiganya Azida Mohd. Zol, 30 di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada 3.30 petang.
Turut diberkas seorang pengikut Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 41, di Jalan Hospital, Tangkak.
Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat sini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut.
Sementara itu, polis menahan sembilan pengikut ajaran Tuhan Harun bagi mendapatkan keterangan, setelah kesemua individu terbabit tampil menyerah diri.
Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontigen Pahang, SAC Zakaria Ahmad berkata, siasatan menyeluruh sedang dibuat agar kes pembunuhan Ahmad Raffli diselesaikan dengan segera.
Daripada 31 pengikut ajaran Tuhan Harun, tujuh daripada mereka telah dikeluarkan waran tangkap .
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berangkat menziarahi keluarga Ahmad Raffli menyifatkan insiden pembunuhan itu adalah suatu perbuatan yang kejam.
Baginda turut mengingatkan agar para pegawai dan penguatkuasa JAIP untuk terus berkhidmat dengan berdedikasi walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko.
Dalam kejadian 10 November lalu, Ahmad Raffli ditembak 3 das pada jarak dekat di kediamannya di Indera Mahkota 2.
Allahyarham meninggalkan seorang balu bersama 4 orang cahaya mata.
Astro Awani
Wed Nov 20 2013
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
'Tuhan Harun' ditahan di Tangkak
Selepas 10 hari diburu, polis akhirnya memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.