PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merancang untuk memperkenalkan program baharu bagi memenuhi permintaan tenaga boleh baharu yang semakin meningkat dalam sektor korporat untuk memenuhi komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ini adalah selari dengan agenda negara untuk menangani perubahan iklim dan memenuhi permintaan tenaga selain daripada mengurangkan pelepasan karbon.
Beliau berkata Malaysia juga melaksanakan langkah pengurangan kritikal bagi menambah baik keberkesanan tenaga, mengurangkan kebergantungan kepada arang batu dan meningkatkan keupayaan tenaga boleh baharu dalam adunan tenaganya.
Buat masa ini, katanya kira-kira lima peratus daripada adunan tenaga Malaysia adalah menerusi sumber tenaga boleh baharu kerana penjanaan tenaga negara masih lagi banyak bergantung kepada sumber bahan api fosil.
"Justeru, ini memerlukan proses peralihan tenaga yang mana sumber tenaga yang boleh baharu, lebih efisien, bersih digunakan untuk menggantikan bahan api fosil," kata beliau dalam ucapannya pada Forum Antarabangsa Mengenai Landskap Tenaga Sejagat (IFGE 2021) anjuran Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dekat sini, pada Selasa.
Takiyudin berkata kerajaan juga komited untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu menerusi Pelan Pembangunan Penjanaan Pembekalan Elektrik 2021-2039.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Takiyudin berkata kerajaan juga komited untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu menerusi Pelan Pembangunan Penjanaan Pembekalan Elektrik 2021-2039. - Gambar fail/Astro AWANI
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS
Kapal USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Malaysia, tanda hubungan bilateral AS-Malaysia diperkukuh.
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
Maaf Fahmi, Pas tetap bersama PN - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, kenyatan Fahmi sebelum ini mengenai kemungkinan Pas menyertai kerajaan adalah imaginasinya sendiri.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah
Peruntukan-peruntukan dalam Enakman Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah berperlembagaan.
Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu
Takyuddin mengesahkan pertemuan Abdul Hadi dan Muhyiddin merupakan pertemuan biasa dan tiada sebarang masalah antara kedua-dua parti.
'Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin
"Jumaat yang hitam kepada syariah dan undang-undang Islam," kata Takiyuddin mengenai keputusan mahkamah memutuskan 16 enakmen syariah Kelantan tidak sah.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.
PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin
Ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PN tidak teruskan perbincangan peruntukan pembangkang - Takiyuddin
Perikatan Nasional (PN) menegaskan tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata kepada pembangkang.