Pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dataran Merdeka sempena sambutan Tahun Baru 2013.
Ia dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menyaksikan rakyat pelbagai kaum membanjirinya sejak 6 petang, termasuk para pelancong asing.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais serta menteri-menteri kabinet turut hadir memeriahkan sambutan bersama lebih 130,000 rakyat pelbagai kaum.
Para pengunjung bersorak gembira apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad berdetik sebanyak 12 kali bagi menandakan permulaan tahun baru.
Situasi yang sama turut dilihat di beberapa tempat lain di sekitar ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang serta pusat pentadbiran Putrajaya.
Sambutan di Dataran Merdeka turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen yang turut memuatkan tayangan video klip perutusan tahun baru daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di Menara Berkembar Petronas, kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri sekitar taman awam bagi menyaksikan sambutan dengan persembahan memukau 'Lake Symphony Fountain Show', diiringi persembahan bunyian dan cahaya yang menarik sebelum percikan bunga api memenuhi ruang angkasa tepat pada tengah malam.
Di Putrajaya, percikan bunga api mewarnai ruang angkasa bagi melengkapkan acara yang turut mengadakan Konsert Ambang Tahun Baru di Dataran Putrajaya yang dimeriahkan dengan kemunculan artis-artis terkenal.
Sambutan dianjurkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd bersama Kumpulan Ambank, yang turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
Di Melaka, acara sambutan diserikan dengan program keagamaan di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diketuai Mufti Negeri Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh beserta bacaan Yasin dan tahlil.
Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut hadir bersama kira-kira 1,000 jemaah.
Di Johor Baharu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman bersama Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyertai ribuan masyarakat menyambutnya di Sutera Square.
Di George Town, 10,000 pengunjung membanjiri Padang Kota Lama bagi menyertai acara menghitung detik tahun baru.
Dan di Ipoh, sambutan diadakan di Stadium Indera Mulia yang disertai 5,000 pengunjung.
Bernama
Tue Jan 01 2013
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
Video tersebut tak ada sangkut paut dengan saya - Sanusi
Beliau berkata, video tular yang memaparkan sambutan yang dikaitkan dengan dirinya itu adalah tidak benar.
Polis tingkat kawalan keselamatan pada malam ambang merdeka di ibu kota
Kawalan keselamatan ditingkatkan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.