KUALA LUMPUR: Sidang Penyatuan Bangsa yang dianjurkan Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada Rabu menggariskan empat ketetapan yang diperakui oleh para peserta program tersebut.
Turut diperakukan lima ketetapan untuk diangkat sebagai tindakan yang wajib dilaksanakan oleh semua kelompok pemegang taruh bangsa, secara sepakat dan bersama.
Empat ketetapan itu ialah:
Pertama: Perhimpunan ini sepakat sepenuhnya untuk menjunjung sidang yang mulia ini sebagai tindakan jihad dengan keredaan Allah SWT. Dengan nawaitu itu, kami semua akur dengan tatacara, adab dan tertib dalam berjihad.
Kedua: Dengan tawakkal kami perakui bahawa pelbagai kelompok pemegang taruh bangsa yang telah bersidang ini, bersama pihak berkuasa kerajaan, telah sekian lama melaksanakan amanah dan tanggungjawab serta memainkan peranan masing-masing, dengan cara yang wajar, bagi memakmurkan seluruh bangsa kita di tanah air kita sendiri.
Meskipun begitu, amat jelas kelihatan betapa semakin lama tindakan berlaku, namun hasil dan prestasinya ketara semakin merosot, menyebabkan bangsa kita masih berhadapan dengan keadaan vulnerable, terpaksa bergelut dengan pelbagai krisis dan ancaman terhadap survival mereka.
Pastilah tidak semua punca kemerosotan itu boleh ditudingkan jari kepada pihak-pihak tertentu saja.
Namun, beberapa gejala songsang yang mencemari keberkesanan tadbir urus dan integriti yang selama ini memperlihatkan kecemerlangan merupakan petanda akan kerosakan pelbagai tindakan.
Maka kelemahan itu hanya dapat dibanteras dengan tindakan berjihad tanpa kompromi
Ketiga: Memandangkan semakin banyak krisis dan ancaman yang harus didepani oleh bangsa kita , sama ada berpunca dari pihak luar, mahupun sebagai cetusan dari permasalahan serta kelemahan dalaman di kalangan bangsa kita sendiri, sudah tiba masanya semua kelompok pemegang taruh, bersama kerajaan, membina dan memperkasa kesepakatan baru bagi menangani krisis dan ancaman ini, dengan bijaksana, bermaruah dan diberkati Allah SWT.
Keempat: Tidak dapat dielakkan bahawa bila berbicara mengenai penyatuan bangsa, berjihad dan bergelut demi survival, kita amat wajar mengembeling segala tenaga terutama sekali institusi pemerintahan dan kepimpinan (politik) bangsa kita untuk mendepani agenda ini dengan teguh dan bersepadu.
Lima ketetapan untuk diangkat sebagai tindakan pula ialah:
1) Mendekati Raja-Raja bagi menyuarakan pandangan rakyat jelata untuk mereka melindungi kedaulatan semua institusi kerajaan yang mereka terajui, selaras dan konsisten dengan peruntukan Perlembagaan dan Wasiat yang mereka meterai pada 5-8-1957.
2) Menegaskan kepada kerajaan serta jentera pentadbiran awam dan korporatnya akan betapa perlunya memperkemaskan semula sistem penyampaiannya serta mengatasi segala kelemahan atau kepincangan yang berlaku dengan segera dan berkesan.
3) Mengadakan rundingan secara tertutup atas prinsip persaudaraan dan muhibah, semua institusi politik bangsa kita, agar mereka mengutamakan agenda pemerkasaan dan keutuhan bangsa dan berpolitik sesama mereka dengan cara yang lebih bersaudara serta berbudi-bahasa.
4) Memberi mandat kepada MPM menubuhkan pelbagai pasukan petugas bagi setiap isu atau permasalahan yang hendak ditangani, dengan seboleh bolehnya melibatkan pelbagai kelompok pemegang taruh bangsa kita.
5) Memberi mandat kepada MPM melakukan dan menghasilkan dapatan berkala atau review kemajuan dari semua usaha berkaitan pencapaian jihad ini untuk dikongsi dengan semua yang terlibat dengan niat untuk diketahui keberhasilan usaha murni dari sidang ini serta lain-lain aktiviti yang berkaitan dengannya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad melahirkan rasa syukur dengan penganjuran sidang ini yang berlangsung lancar dengan perbincangan dilakukan secara berhemah, beradab dan bijaksana.
Katanya, peserta sidang meja bulat ini tidak mempersoalkan tindak-tanduk kaum lain tetapi mengutamakan agenda penyatuan bangsa.
“Apabila kita bersatu, kita kuat dan kita akan dihormati. Selepas itu kita boleh lihat siapa rakan-rakan yang boleh bersama bagi meneruskan pemerintahan,” katanya.
Menurut Dr Hasan, apa yang dimahukan ialah Melayu kuat melalui penyatuan.
Sidang meja bulat hari ini dihadiri pemimpin UMNO yang diwakli Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad
Maslan manakala Datuk Seri Mukhriz Mahathir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Turut hadir pada majlis itu tokoh dalam pelbagai bidang antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MPM sendiri, Tun Haniff Omar, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Zaki Tun Azmi, Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Mohd Yussof Latif, Tan Sri Musa Hasan dan Datuk Seri Zaini Said.
Antara cendekiawan yang hadir pula ialah Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Datuk Dr Zainal Kling, Datuk Dr Hashim Yaacob dan Datuk Seri Dr Awang Sariyan.
Turut menyertai sidang meja bulat selama tiga jam itu antaranya Datuk Shuhaimi Baba, Datuk Seri Idris Jusoh dan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri.
Astro Awani
Thu May 26 2022
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MPM, Tun Mohd Hanif Omar (tengah) beramah mesra dengan sebahagian daripada tokoh-tokoh termasuk pemimpin pelbagai parti politik, cendekiawan dan NGO Melayu pada Sidang Penyatuan Bangsa pada Rabu.
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Ekonomi sara hidup wajib segera dilaksana, tapi kerajaan berdepan halangan besar
Dalam keadaan di mana kerajaan perlu dengan segera laksnakan program ekonomi sara hidup ini, terlalu banyak ranjau menunggu di depannya.