PUTRAJAYA: Memasuki 2023, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan dan mengukuhkan titik persamaan sebagai satu pasukan yang membawa aspirasi kemakmuran negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata sinergi kerjasama erat di antara semua pihak baik dari kerajaan, swasta dan juga rakyat adalah ramuan utama bagi memastikan kita bergerak dalam satu irama yang sama.
"Hadirnya tahun 2023 adalah dengan pelbagai harapan dan impian untuk negara kita terus maju sejahtera," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini sempena tahun baharu 2023.
Mohd Zuki turut menyeru anggota perkhidmatan awam bersiap siaga, berdedikasi dan memberikan komitmen penuh dalam memastikan islah atau pembaharuan digarap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dilaksanakan.
"Ini demi kestabilan dan kesejahteraan negara yang kita cintai. Sematkan dalam diri agar khidmat yang diberi pada hari-hari mendatang adalah lebih baik dari hari yang sebelumnya.
"Insya-Allah, kita akan terus melangkah gagah dalam mendepani apa jua cabaran yang perlu ditempuhi. Kita adalah benteng negara!" katanya.
Beliau berkata perjalanan tahun 2022 sudah sampai ke penghujungnya dengan pelbagai cantingan episod suka duka, pengalaman dan pengajaran yang perlu dimanfaatkan untuk terus memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan kepada semua pemegang taruh.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota perkhidmatan awam tidak kira siapa jua anda, yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menterjemah dasar di lapangan agar agenda pemulihan ekonomi terus diperkasa dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus diutama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022
![Ketepikan perbezaan, kukuh titik persamaan demi negara - KSN Ketepikan perbezaan, kukuh titik persamaan demi negara - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668950736_TBMohdZukiAli.jpg)
ZUKI: Hadirnya tahun 2023 adalah dengan pelbagai harapan dan impian untuk negara kita terus maju sejahtera. - Gambar fail/BERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716977896_Africaelections.jpg)
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
![KPM dicadang wujudkan kayu ukur pencapaian tujuh teras pendidikan negara KPM dicadang wujudkan kayu ukur pencapaian tujuh teras pendidikan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692706674_TBAnuarAhmad.jpg)
KPM dicadang wujudkan kayu ukur pencapaian tujuh teras pendidikan negara
Mekanisme itu beri peluang kepada rakyat membuat penilaian objektif terhadap pencapaian dilakukan KPM berdasarkan tujuh teras utama yang digariskan pada Disember 2022.
![Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675864322_TYTEmirSalimYks.jpg)
Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini
Hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
![Ketepikan perbezaan, kukuh titik persamaan demi negara - KSN Ketepikan perbezaan, kukuh titik persamaan demi negara - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668950736_TBMohdZukiAli.jpg)
Ketepikan perbezaan, kukuh titik persamaan demi negara - KSN
Memasuki 2023, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan dan mengukuhkan titik persamaan sebagai satu pasukan yang membawa aspirasi kemakmuran negara.
![Ketepikan perbezaan, cari persamaan, gesa Ahmad Zahid kepada umat Islam Ketepikan perbezaan, cari persamaan, gesa Ahmad Zahid kepada umat Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51515944216_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ketepikan perbezaan, cari persamaan, gesa Ahmad Zahid kepada umat Islam
Beliau berkata umat Islam di negara ini perlu terus bersatu menentang asakan termasuk Islamofobia melalui contoh dan akhlak yang baik.