PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sedang mempercepat laporan untuk merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
"Selepas itu, dalam masa dua atau tiga bulan kita akan membentangkan laporan penuh tentang fungsi, perundangan, keahlian, implikasi kewangan, bidang kuasa dan sebagainya," katanya.
Sim berkata demikian kepada media selepas Sambutan Hari Pekerja bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa' yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri meminta agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan memandangkan terdapat kumpulan pekerja yang tidak diwakili secara langsung dalam membela kebajikan mereka.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri ketika majlis penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada 2 Mac lepas bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig terutama dalam kalangan anak muda.
Mengenai perkembangan kajian kadar gaji minimum, Sim berkata ia dijangka dilaksanakan dalam tahun ini.
Beliau berkata kajian teknikal mengenai perkara itu telah siap dan akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Perundingan Gaji Negara dalam masa terdekat dan seterusnya kepada Jemaah Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024

Steven Sim (foto) berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini. -Foto Sinar Harian

Nurul Izzah rehat panjang pulih kecederaan
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berpeluang untuk berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika menyertai Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye minggu lepas.

NAIO berjaya gerakkan AI sebagai pemacu pertumbuhan negara
Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) di bawah Kementerian Digital hari ini mencapai 100 hari pertama dalam transformasi Malaysia yang dipacu AI.

Seorang lagi ejen direman, terima rasuah RM40,000 percepat pemeriksaan kenderaan
Menurut sumber, Bahagian Penguatkuasa JPJ mendapati beberapa individu menyalahguna sistem tempahan pemeriksaan PUSPAKOM, dengan membuat tempahan secara pukal menggunakan nombor kenderaan rawak.
AWANI Ringkas: Pelbagai solusi AI beri manfaat langsung kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Mac 2025
1️⃣ Johor tubuh jawatankuasa khas cari penyelesaian segera
2️⃣ Pelbagai solusi AI beri manfaat langsung kepada rakyat
3️⃣ BN tangguh umum calon kepada 7 April
#awaniringkas
1️⃣ Johor tubuh jawatankuasa khas cari penyelesaian segera
2️⃣ Pelbagai solusi AI beri manfaat langsung kepada rakyat
3️⃣ BN tangguh umum calon kepada 7 April
#awaniringkas

Netumbo Nandi-Ndaitwah angkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Namibia
Netumbo Nandi-Ndaitwah mengangkat sumpah pada Jumaat sebagai presiden wanita pertama Namibia selepas memenangi pilihan raya tahun lalu, lapor Xinhua.
Earth Hour: Mercu tanda dunia bergelap malam ini
Earth Hour akan berlangsung jam 8.30 malam ini, Sabtu, 22 Mac 2025 dengan banyak mercu tanda terkenal dunia akan turut bergelap selama satu jam.
Pembelian secara fizikal kekal pilihan menjelang Syawal
Masih ada segelintir yang memilih pembelian secara fizikal berbanding platform e-dagang atas sebab tertentu.

Vandalisme terhadap Tesla lebih teruk daripada serangan Capitol - Trump
Presiden AS Donald Trump berkata gelombang vandalisme yang menyasarkan kereta dan bilik pameran Tesla milik penasihatnya Elon Musk, adalah lebih teruk daripada serangan ke atas bangunan Capitol.

Jadikan Ramadan medan latih integriti, disiplin dalam diri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru umat Islam agar menjadikan bulan Ramadan sebagai medan bagi melatih integriti dan disiplin diri.

Kesuma bentang kertas dasar penubuhan Suruhanjaya GIG kepada Kabinet bulan ini
Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan kertas dasar berhubung penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig kepada Kabinet bulan ini.

PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.

Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.

Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Kesuma bersama Universiti Malaya sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

PM Anwar setuju wujudkan suruhanjaya untuk lindungi pekerja gig
Salah satu peranan utama suruhanjaya berkenaan adalah untuk melindungi hak pekerja gig, terutamanya dalam kalangan anak muda.