KUALA LUMPUR: Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah telah mengasaskan perusahaan sosial yang dinamakan, Green Ribbon Group untuk membantu menggerakkan agenda kesihatan mental di Malaysia.
Green Ribbon Group dalam kenyataan hari ini berkata penubuhan itu bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental monumen yang sedang dihadapi rakyat ketika ini dalam mewujudkan penyelesaian yang berdaya maju melalui advokasi, pengumpulan dana dan kerjasama.
"Tengku Puteri Iman Afzan bersemangat dan komited dalam mempromosikan kesihatan mental. Beliau percaya, kini lebih daripada sebelum ini, bahawa akses kepada penjagaan kesihatan mental adalah asas dalam memastikan kesejahteraan masyarakat kita untuk generasi akan datang, memandangkan peningkatan tekanan, kebimbangan dan kemurungan daripada isu-isu sosioekonomi yang dihadapi oleh semua akibat pandemik COVID-19," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan Tengku Puteri Iman Afzan dilantik sebagai Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia selepas menerima jemputan daripada Persekutuan Kesihatan Mental Dunia baru-baru ini. Naungan diraja Tengku Puteri Iman Afzan itu hingga Oktober 2021.
Menurut kenyataan itu, Tengku Puteri Iman Afzan, yang juga puteri sulung Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan pin reben hijau yang direka semula, kepada pemimpin dalam pelbagai bidang bagi membantu meningkatkan kesedaran dan penyertaan positif dalam advokasi kesihatan mental.
Penerima pin tersebut termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
"Malaysia mempunyai peluang unik untuk menyumbang kepada standard global dalam penjagaan kesihatan mental dan ini bermula dengan kesedaran negara dan institusi yang terlibat di sini," Tengku Puteri Iman Afzan dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, usaha Tengku Puteri Iman Afzan telah diiktiraf Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Melalui perlambangan pin reben hijau, Tengku Puteri Iman Afzan bersemangat dan komited dalam memperjuangkan isu kesihatan mental. - Foto: Instagram @greenribbongroup.my/@rasadibaradzi
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong hari ini.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
Kesihatan mental: Puteri sulung Agong lancar Green Ribbon Group
Penubuhan itu bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental.