KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai kanser dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah yang menjadi punca peningkatan kes lewat dikesan iaitu hanya setelah berada di tahap tiga dan empat.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kes lewat dikesan iaitu hanya setelah berada di tahap tiga dan empat telah meningkat daripada 58.7 peratus pada 2007 hingga 2011 kepada 63.7 peratus pada 2012 hingga 2016.
"Kalau kita dapat kesan kanser lebih awal maka kemungkinan kita dapat rawat dan pulih atau dapat mengawal kanser adalah lebih tinggi.
"Pengesanan lewat ini menjadi masalah, kadar peningkatan peratusan ini amat membimbangkan kerana Malaysian Study on Cancer Survival yang telah diterbitkan beberapa tahun lepas menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit," katanya ketika berucap dalam Program Hari Bersama Pesakit Kanser sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022.
Beliau berkata kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan dalam mengenal pasti ruang penambahbaikan termasuk penerangan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengesanan dan saringan awal kesihatan.
Berkongsi pengalaman kehilangan bapanya Datuk Jamaluddin Abu Bakar, yang meninggal dunia akibat kanser pada 1992, Khairy berkata keluarga pesakit kanser juga memerlukan sokongan terutama golongan B40 dan penjaga tunggal bagi pesakit kanser kerana mereka turut mengalami tekanan tinggi dari segi mental.
Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi membantu golongan itu menjalani saringan kesihatan secara percuma namun lebih sejuta individu yang layak iaitu golongan B40 berusia 40 tahun ke atas tidak memanfaatkan kemudahan tersebut.
Katanya Malaysia turut berdepan masalah penyakit tidak berjangkit yang tinggi seperti kencing manis, darah tinggi dan kardiovaskular yang seterusnya akan menyebabkan komplikasi jika mereka dijangkiti COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022

Khairy berkata kes lewat dikesan iaitu hanya setelah berada di tahap tiga dan empat telah meningkat daripada 58.7 peratus pada 2007 hingga 2011 kepada 63.7 peratus pada 2012 hingga 2016. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
Siti Nurhaliza nyanyi lagu Jaz
Datuk Siti Nurhaliza akan membuat persembahan di satu majlis makan malam untuk mengumpul dana sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada 30 November ini